Rupa-rupanya ada cara untuk berjimat daripada membeli serbuk coklat di luar dengan membuatnya sendiri di rumah. Lagi bersih dan berkhasiat!
Macam yang kita tahu, minuman coklat memang menjadi kegemaran anak-anak. Rasa yang berlemak diminum pula sejuk-sejuk memang nikmat!
Baca juga: Sapuan Coklat Ala Nutella, Buat Sendiri Di Rumah Guna 4 BAHAN Ini
Cara nak sediakan minuman bercoklat ni tak susah pun tau, asalkan mama ada bahan-bahan yang diperlukan. Hanya campurkan sahaja dan sedia dibancuh.
Bagi mendapatkan tektur air coklat yang sedap berkrim, anda harus menggunakan gula halus. Kalau nak tambah letak krim dekat atas memang lagi menggoda.
Ikuti resipi homemade dari perkongsian Cik Puan Mazliana Mazlan dari Facebook ini. Menurut beliau, tak sampai 10 saat dah siap dah nak buat serbuk coklat ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masuk semua bahan dalam pengisar, kisar sampai halus.
2. Saya guna Thermomix, express kisar 10 saat je dah dapat tekstur halus macam milo. Pantaskan.
3. Bila serbuk dah halus, boleh terus simpan dalam balang untuk stok. Dah boleh buat bancuhan air untuk anak-anak.
4. Siap!
Cara bancuh air minuman:
Selamat mencuba resipi serbuk coklat yang sihat ini. Anak-anak mesti berhantu suruh bancuh air lagi. Memang tak pandang dah jenama air coklat yang lain.
Baca juga: Cara Buat Coklat Bar Bubble Rice Ala KitKat, Guna 3 Bahan Ini Saja
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…