Dalam Mood Untuk Hot Pot?
Sama ada hari yang cerah atau hujan, kita semua menggemari hidangan steamboat yang sedap dan lebih baik lagi, apabila ia digandingkan dengan daging BBQ. Jika anda sedang mencari menu ala carte premium atau terfikir untuk keluar beramai-ramai untuk makan hidangan bufet yang beraneka pilhan, anda telah datang ke tempat yang betul! Di dalam artikel ini adalah senarai restoran steamboat dan grill menarik di KL yang menjanjikan makanan yang lazat, dengan pilihan sup dan daging yang halal dan boleh dinikmati oleh semua orang. Jom kita tengok senarai restoran steambot dan grill yang halal di KL!
1. Pak John Steamboat & BBQ
Ramai orang rasa bufet steamboat dan BBQ selalunya akan mahal. Jwapannya tidak. Haa buktinya, Pak John Steamboat & BBQ adalah salah satu daripada steamboat dan bufet BBQ yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan menjadi kegemaran ramai. Selain itu, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan di sini sebab anda akan disajikan dengan 150 jenis makanan untuk dimakan!
2. ASAP Steamboat and Grill
ASAP Steamboat and Grill memberi anda pilihan dengan lebih 100 jenis hidangan, daripada makanan laut, daging lembu, kambing dan ayam haa best kan? Anda juga boleh pilih untuk masak makanan anda di dalam steamboat atau di atas tempat pemanggang di atas meja,untuk pilihan sup pula, anda boleh pilih sama ada sup Tom Yam, Ayam atau Kari Nyonya. Restoran ini juga ada menyajikan makanan ringan tau! Best sangat, anda patut cuba restoran ini.
3. Rot Thai Buffet
Di Rot Thai Buffet,mereka membawa kelainan Thai kepada bufet steamboat dan gril biasa dengan asas sup Tom Yum yang istimewa. Digabungkan pula dengan pelbagai jenis sos dan perasa Thai, di sini anda boleh menikmati daging BBQ, makanan laut dan sayur-sayuran dengan hidangan sup Thai.
4. Hot Pot King Steamboat & Grill
Hot Pot King Steamboat dan Gril ini adalah sebuah restoranyang dimiliki oleh seorang Muslim dan mereka sekarang ada dua cawangan, satu terletak di Jalan Kuching dan cawangan kedua adalah di Gombak. Suasana restoran ini sangatlah selesa dan amat sesuai untuk anda yang ingin makan beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan.
5. Suki-Ya
Siapa je tak pernah dengar nama restoran Suki-Ya ni kan? Suki-Ya adalah antara restoran steamboat dan gril yang popular di KL dan Selangor. Kalau korang dalam mood untuk masakan Jepun dan rasa macam nak makan shabu-shabu haa di Suki-Ya la tempatnya, Restoran ni adalah salah satu restoran Jepun tertua di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Anda boleh memilih daripada 4 kuah asas mereka untuk dimakan.Selain itu di sini juga ada disediakan makanan lain seperti daging, makanan laut dan yang paling best, kat sini ada sushi tau.
6. BBQ Town
Nikmati kedua-dua BBQ dan shabu-shabu pada masa yang sama di BBQ Town, tempat makan Halal yang terkenal dengan BBQ Thai 2-dalam-1 dan shabu-shabu Jepun. Mereka menawarkan kualiti makanan yan sangat segar dan tentulah sedap! Dan yang paling best, harga makanan kat sini sangatlah berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang disediakan. Anda wajib try makan di restoran ini.
7. Restoran The Khan Mongolian Muslim
Kalau anda merancang untuk makan bersama ahli keluarga, anda wajib makan di Restoran Muslim Mongolia The Khan. Restoran ini dikendalikan oleh orang Cina Muslim dari tanah besar China, restoran ini adalah restoran steamboat dan gril Muslim Mongolia yang istimewa dan suasana restorannya yang luas amatlah sesuai untuk anda berkumpul bersama ahli keluarga yang ramai. Malah ada surau di sini untuk anda menunaikan solat tau.