Bila sebut pasal makanan sihat, mesti ramai antara kita terbayang pinggan yang penuh dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan merah, kuning atau oren. Tapi pernah tak anda terfikir, makanan warna hitam sebenarnya simpan seribu satu kebaikan yang tak kurang hebatnya?

Jangan pandang makanan dari luaran atau warnanya sahaja! Secara semula jadi, ada banyak pilihan makanan warna hitam yang kaya dengan protein, serat, vitamin, mineral, serta sebatian antioksidan tinggi yang bagus untuk tubuh.

Acap kali kita ingat makanan gelap ini biasa-biasa saja, tapi rupanya ia penuh dengan nutrisi tersirat. Jom kita semak 12 jenis makanan warna hitam dan kebaikannya kepada badan!

Baca juga: Bayam Merah VS Bayam Hijau, Dua-Dua Bagus Tapi Ini Perbezaan Khasiatnya Ramai Baru Tahu

SENARAI MAKANAN WARNA HITAM YANG BANYAK KHASIAT

1. Beras Hitam

makanan warna hitam

Beras hitam kaya dengan sebatian antosianin iaitu sejenis antioksidan kuat yang membantu melambat dan melawan proses penuaan sel. Sesuai sangat kalau nak tukar selera daripada beras putih biasa!

2. Habbatus Sauda

makanan warna hitam

Memang tak asing lagi dalam tradisi perubatan Islam dan moden! Biji kecil ini sangat bagus untuk menyokong sistem imun tubuh dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

3. Bawang Putih Hitam (Black Garlic)

makanan warna hitam

Melalui proses pemeraman semula jadi, bawang putih hitam mempunyai rasa yang manis-manis buah dan tidak menyengat. Ia sangat kaya dengan antioksidan serta membantu menyokong kesihatan jantung anda.

4. Biji Bijan Hitam

Bukan sekadar penyeri atau hiasan atas kuih-muih, bijan hitam rupanya sumber kalsium yang baik serta membantu menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh.

5. Kacang Hitam

makanan warna hitam

Untuk anda yang mencari sumber protein dan serat berasaskan tumbuhan, kacang hitam adalah pilihan tepat! Ia membantu kenyang lebih lama dan baik untuk sistem penghadaman.

6. Mberi Hitam/Berberi Hitam (Blackberry & Black Mulberry)

Buah-buahan beri hitam ini sarat dengan antioksidan dan Vitamin C. Sangat elok dimakan begitu sahaja atau dijadikan smoothie untuk tingkatkan sistem imun tubuh.

7. Shilajit

makanan warna hitam

Mungkin ada yang baru pertama kali dengar, Shilajit merupakan bahan semula jadi yang popular untuk membantu meningkatkan tenaga harian dan menyokong fungsi mitokondria (penjana tenaga sel).

8. Biji Betik

Ramai selalu buang biji betik bila makan buahnya, kan? Sebenarnya, biji betik boleh menyokong kesihatan pencernaan dan membantu proses detoks semula jadi tubuh.

9. Arang Aktif (Activated Charcoal)

Sering digunakan dalam pelbagai pelengkap hidangan atau minuman, arang aktif dikenali dengan keupayaannya untuk membantu proses penyahtepuan atau penyahtoksikan badan.

10. Nori (Rumpai Laut Hitam)

Kepingan rumpai laut yang sering kita makan bersama sushi ini merupakan sumber iodin yang baik untuk menyokong kesihatan kelenjar tiroid.

11. Lobak Hitam (Black Radish)

Satu lagi jenis sayuran unik yang membantu menyokong proses detoks pada organ hati serta memperbaik kesihatan sistem pencernaan.

12. Biji Bunga Matahari Hitam

Sambil-sambil layan drama atau berehat, mengunyah biji bunga matahari hitam membekalkan lemak sihat yang berfungsi melindungi sel-sel tubuh.

Sumber: Farmasi Sihat

Baca juga: Rupa Hampir Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Beza Duku, Langsat, Duku Langsat & Dokong

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending