Categories: Infomasi

Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!

Setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan umat Islam di Malaysia akan membeli kurma, namun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka membeli jenama dari senarai kurma yang bukan dari negara Islam.

Lebih menyedihkan, jenama-jenama kurma ini tersedia dengan mudah di pasaran Malaysia dan menjadi pilihan ramai orang walaupun harganya mahal. 

Baca juga: Gara-Gara Curi Secawan Kopi RM5.47, Pengetua Dibuang Kerja Dan Hilang Pencen

Semua orang tahu  pergolakan yang berlaku terhadap penduduk Islam di negara yang sedang berperang, dan atas dasar kemanusiaan serta solidariti terhadap saudara seagama kita, sebaiknya elakkan membeli jenama-jenama kurma dari senarai ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, menekankan kepentingan kesedaran dalam memilih kurma yang dibeli semasa Ramadan. 

SENARAI KURMA YANG BUKAN DARI NEGARA ISLAM PATUT ELAK DIBELI

Gambar Sekadar Hiasan

Berikut merupakan beberapa jenama kurma popular yang bukan keluaran Malaysia.

  • Bomaja
  • Carmel Agrexco
  • Delilah
  • Desert Diamond
  • Hadiklaim
  • Jordan Plains
  • Jordan River
  • King Solomon
  • Paradise Dates
  • Rapunzel
  • Red Sea
  • Royal Treasure
  • Shams
  • Tamara

Panduan Semak Label Ketika Beli Kurma di Pasaraya

Untuk memastikan kurma yang dibeli tidak berasal dari negara bukan Islam, persatuan kempen ini memberikan empat langkah yang boleh diambil oleh umat Islam di seluruh dunia.

  1. Semak label semasa membeli kurma. Jangan membeli kurma yang dihasilkan atau dibungkus di negara tersebut.
  2. Semak label pada semua kurma Medjool kerana kurma jenis ini dijual di pasar raya UK yang ditanam di Tanah Haram atau penempatan haramnya.
  3. Jangan membeli kurma yang mempunyai nama Hadiklaim pada labelnya. Hadiklaim adalah pengedar terbesar kurma dari negara yang tidak diiktiraf dan penempatan haramnya. Mereka menjual kurma di luar negara dengan jenama-jenama ini: King Solomon, Jordan River, dan Jordan River Bio-Top, serta di bawah label peribadi rangkaian pasar raya.
  4. Semak label bagi syarikat-syarikat eksport ini, yang juga mengeksport dari negara yang tidak diiktiraf.

Negara yang tidak diiktiraf itu mempunyai pasaran global yang besar dalam industri kurma selepas Arab Saudi. Menurut laporan statistik, ‘negara’ tersebut menduduki kedudukan kedua dengan nilai eksport kurma terbesar di dunia, melebihi $317 juta.

Akhir kata, pastikan anda menyemak label jenama kurma dengan teliti sebelum membeli. Semoga bermanfaat.

Sumber: Palestine Campaign, AMPalestine

Baca juga: “Mata Kasar Tak Nampak” – Tanda Kedai Makan Guna Pelaris, Ustazah Ini Kongsi Cara

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

3 days ago

Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!

Resipi kek coklat moist kukus ini sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa kek yang lembut…

4 days ago

Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

Jom cuba resepi sup ayam Thai ini! Rasa sup yang masam-masam pedas, hanya sup siam…

4 days ago

Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Bosan asyik makan nasi untuk makan tengah hari? Apa kata cuba resepi lasagna daging yang…

4 days ago

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

7 days ago