Stok bawang kisar wajib ada di kebanyakan rumah kerana ia sangat memudahkan proses memasak. Namun begitu, tahukah anda cara simpan bawang kisar yang betul agar tahan lama dan tidak berkulat?
Puan Norhidayah Mohd Aripin ada berkongsikan rahsia bagi memastikan stok bawang kisar ini lebih tahan lama sampai berbulan-bulan! Kalau nak tahu bagaimana caranya, jom baca artikel ini sampai habis.
Baca juga: Tip Simpan Sayur Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Sebulan Dua Tetap Segar
Berikut merupakan cara membuat bawang kisar dan kaedah menyimpannya:
1. Bawang merah, bawang putih dan halia perlu dikisar secara kasar menggunakan chopper, jangan sampai lumat. Jika dikisar halus, bahan kisar akan jadi berair dan tidak tahan lama. Kisar ketiga-tiga bahan ini secara berasingan.
2. Kemudian, letakkan bahan kisar ini ke dalam acuan ais dan bekukan.
3. Selepas sudah beku, letak bawang kiub ke dalam satu bekas lain supaya dapat guna acuan untuk tambah stok bahan kisar.
4. Apabila mahu digunakan untuk memasak, buka api dan tuangkan minyak. Tak perlu tunggu minyak panas, boleh terus masukkan bawang kiub. Kemudian boleh ditumis seperti biasa.
Kredit petua dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin
Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!
Kalau makan yong tau fu, antara perkara yang membuatkan hidangan ini lebih menarik mestilah kuahnya.…
Kek marble antara hidangan klasik yang tidak pernah hilang peminat. Gabungan warna yang menarik dengan…
Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih…
Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…
Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…
Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…