makanan mahal

Rupa-rupanya, bukan semua perkhidmatan mengalami kenaikan cukai. Ini senarai kenaikan cukai mengikut perkhidmatan yang anda perlu tahu. 

Bermula dari 1 Mac 2024 yang lalu, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah meningkat kepada 8 peratus dari 6 peratus sebelum ini.

Kenaikan ini menyebabkan kebimbangan terhadap peningkatan harga yang semakin ketara. Apabila cukai dinaikkan, terdapat peniaga yang turut mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.

Baca juga: Barangan Dapur Sebagai Hantaran Kahwin, Pengantin Ini Kongsi Bajet Tak Sampai RM150

Baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahu senarai kenaikan cukai dan semua perkara yang akan terkesan dengan kenaikan SST dan apa yang kekal mengikut peratusan.

Senarai Kenaikan Cukai Perkhidmatan 8%

Perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan termasuklah kemudahan seperti penginapan, pengangkutan, dan sebagainya.

Kenaikan SST juga melibatkan perkhidmatan baru seperti perkhidmatan pusat karaoke, perkhidmatan pembrokeran, perkhidmatan logistik, dan perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan.

senarai kenaikan cukai

senarai kenaikan cukai

Walau bagaimanapun, perkhidmatan seperti penyediaan makanan atau minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang letak kereta, dan perkhidmatan logistik kekal dikenakan pada kadar 6 peratus. Begitu juga dengan kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj yang kekal pada harga RM25 setahun.

Kenaikan cukai ini dilaksanakan selaras dengan rangka kerja ekonomi Madani bagi meluaskan asas hasil negara serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

senarai kenaikan cukai

Perubahan cukai juga membabitkan perluasan skop perkhidmatan untuk menyelaraskan industri yang sama. Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang merupakan keperluan asas seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai pada kadar 6 peratus.

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kewangan, Berita Harian 

Baca juga: Senarai Makanan Diiktiraf Sebagai Warisan Negara Selain Bak Kut Teh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN