Chopstick merupakan alat makan tradisional yang berasal dari Asia Timur, khususnya negara China, Jepun, Korea, Taiwan dan Vietnam. Namun sekarang ianya sudah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia.
Selain sudu dan garfu, masyarakat di Malaysia turut gemar menggunakan chopstick lebih-lebih lagi ketika makan sushi dan mi.
Namun, rupanya ramai yang tidak mahir menggunakan chopstick oleh kerana tidak biasa dan ia bukanlah norma masyarakat kita.
Lain pula yang berlaku dalam video yang tular baru-baru ini memaparkan sekumpulan anak muda menunjukkan cara menggunakan chopstick bagi mereka yang kurang mahir.
Video tersebut telah meraih perhatian warganet. Lihat video penuh di bawah:
@_waniyshmsddn Kawan sapa macam ni 🥲
“Tetaplah pakai chopstick walaupun tak pandai..”
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_waniyshmsddn di TikTok, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berada di meja makan.
Apa yang membuatkan netizen terpegun adalah apabila mereka menggulungkan tisu pada penghujung chopstick, lalu menjadikan ia lebih mudah untuk dipegang.
Hal ini membuatkan ramai orang teruja dan ingin mencuba teknik yang dikongsikan oleh sekumpulan anak muda itu.
“Thanks tips memang tak reti selama ni” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 929.4K views, 96.4K likes dan 1,056 komen di TikTok, rata-rata netizen terpegun dan berterima kasih atas perkongsian tips oleh mereka.
Sumber: TikTok @_waniyshmsddn