Categories: Resipi

Sedapnya Soto Ayam! Lengkap Bersama Resipi Begedil & Sambal Kicap

Bosan asyik makan nasi? Jom tukar selera dengan membuat soto ayam ini yang lengkap bersama resipi begedil kentang dan sambal kicap. Sedapnya!

Dapat hirup kuah soto panas-panas memang nikmat! Lagi-lagi ketika dalam cuaca hujan, sesuai untuk menghangatkan badan yang kedinginan.

Masak sekali boleh tahan sampai ke malam, tak perlu masak banyak kali dah. Jom cuba buat nanti untuk dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba!

1) Resipi kuah soto

Bahan kuah soto ayam (untuk 6 orang makan):

  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Bawang merah besar 4 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Buah keras 1 biji

Kisar semua bahan di atas.

  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
  • Serai 2 batang (ketuk)
  • Minyak utk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau satu paket kecil tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • Kiub ayam 1
  • Akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • Air 2 liter/ satu jug

Kalau tak nak guna serbuk sup/kurma, guna saja rempah soto. Bahan lain jangan diubah. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata2.

Cara memasak kuah soto:

  1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan sedikit garing supaya semua kuah akan masak elok dan wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto.
  3. Masukkan pula ayam. Agak-agak bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.
  4. Seterusnya masukkan kiub ayam, perasakan dengan gula dan garam. Reneh sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
  5. Siap!

2) Resipi begedil kentang

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang 5/6 biji
Buang kulit kemudian potong kecil. Rebus dan lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa

Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

Cara goreng begedil:

  1. Panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
  2. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.
  3. Jangan terbalikkan selagi tidak garing dan kekuningan. Bila dah garing, baru terbalikkan supaya tidak pecah.

3) Resipi cili kicap

Bahan-bahan:

  • Cili (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Seulas dua bawang putih (mengikut kuantiti cili)
  • Kicap dan sedikit garam
  • Sedikit perahan limau

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang putih. Masukkan sedikit kicap dan garam.
  2. Kisar semua bahan. Akhir sekali masukkan sedikit perahan limau.

 

Kredit resipi & gambar: Kaseh Aryssa‎, Uwan Nolly Epin

Nasiha

Recent Posts

Resipi Ikan Goreng Halia Sempoi, Rangup & Tak Cukup Seekor!

Ikan goreng halia mungkin kelihatan seperti hidangan biasa tetapi jangan tertipu dengan kesederhanaannya. Hidangan ini…

3 mins ago

Kuih Sagu Kelapa Lemak Manis, Ada Cara Hilangkan Kesan Putih Pada Sagu!

Kuih sagu kelapa ini mempunyai rasa manis-manis lemak dari sagu dan sedikit kenyal-kenyal apabila digigit.…

3 mins ago

Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

Setiap kali masak sambal, paling renyah nak kena bersihkan dapur. Kali ini, kami kongsikan tips…

40 mins ago

Udang Goreng Kari Beraroma, Begini Cara Bagi Pecah Minyak Yang Cantik!

Waktu makan tengah hari telah hampir tiba, nampaknya inilah masa untuk ke dapur. Jika anda…

47 mins ago

Resipi Ayam Masak Laos, Masakan Orang Banjar Yang Penuh Beraroma

Resipi ayam masak laos ini kadangkala lebih dikenali sebagai ayam masak lengkuas yang mempunyai rasa…

1 hour ago

Pasta Goreng Tom Yam, Setiap Suapan Pasti Nak Makan Lagi!

Pasta goreng tom yam adalah hidangan yang jarang dibuat, tapi rasanya memang sedap dan unik!…

2 hours ago