Categories: Resipi

Kuih Sagu Kelapa Lemak Manis, Ada Cara Hilangkan Kesan Putih Pada Sagu!

Kuih sagu kelapa ini mempunyai rasa manis-manis lemak dari sagu dan sedikit kenyal-kenyal apabila digigit. Selain itu, ditambah pula dengan kelapa parut yang lemak dan ada masin sikit, terus buat rasa dia lagi umph.

Jangan lupa tambahkan daun pandan kerana akan buatkan kuih ini lebih wangi dan sedap sekaligus teringat balik zaman kecil-kecil dahulu kerana rasanya yang klasik.

Bagi menghilangkan kesan putih-putih pada sagu yang kadang-kadang masih ada lepas dimasak, anda perlu kukus sagu ini terlebih dahulu. Selain itu, untuk rasa yang lagi padu, boleh tambah sedikit gula melaka jika suka versi yang lebih manis!

Jom tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Pasta Goreng Tom Yam, Setiap Suapan Pasti Nak Makan Lagi!

RESIPI KUIH SAGU KELAPA

Bahan-bahan:

  • 1 cawan biji sagu
  • 1 cawan gula pasir
  • Sedikit pewarna (merah atau hijau, ikut pilihan)
  • 1 helai daun pandan, simpul
  • Kelapa parut secukupnya (ambil bahagian putih sahaja)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara Membuat:

1.  Bilas biji sagu dengan air bersih, kemudian rendam selama 15 minit supaya sagu mengembang dan cepat masak nanti. Toskan bila sudah kembang.

2. Dalam periuk, masukkan sagu yang sudah direndam, air secukupnya (sekadar paras sagu), gula, daun pandan, dan pewarna pilihan. Rebus dan kacau sentiasa sehingga sagu menjadi jernih dan pekat. Pastikan kacau berterusan supaya sagu tak melekat di dasar periuk.

3. Masak sagu hingga timbul buih-buih kecil seperti “gunung berapi.” Bila semua sagu sudah kelihatan jernih, angkat dan masukkan ke dalam loyang.

4. Setelah sagu dipindahkan ke dalam loyang, kukus selama lebih kurang 10-15 minit sehingga sagu kelihatan jernih sepenuhnya. Kukus ini memastikan tekstur sagu lebih cantik dan masak sempurna.

5. Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam untuk rasa lemak. Kukus sekejap supaya kelapa tahan lebih lama dan tidak cepat basi.

6. Biarkan sagu sejuk sepenuhnya sebelum memotong. Bila sudah sejuk, potong mengikut saiz yang diinginkan dan golekkan potongan sagu dalam kelapa parut hingga disalut rata.

Kuih sagu kelapa anda pun siap untuk dihidang! Sesuai dimakan bersama teh panas sebagai kudapan petang. Kuih ini mudah disediakan, sedap dimakan, dan jimat pula.

Selamat mencuba!

Sumber: Nonie Baharin

Baca lagi: Resepi Kuih Keria Gebu, Setiap Gigitan Bawa Rasa Yang Sangat Puas!

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago