Categories: Informasi

Ini Sebab Kena Tukar Span Basuh Pinggan Setiap 3 Minggu, Ada Kuman Boleh Buat Cirit-Birit!

Setiap kali nak cuci peralatan, kita pasti capai span basuh pinggan di dapur. Tapi tahukah anda, span sebenarnya boleh jadi lebih kotor jika dibiarkan terlalu lama tanpa diganti.

Ramai yakin sabun pencuci pinggan cukup kuat untuk bunuh semua kuman, tapi sebenarnya tidak. Walaupun kita rasa pinggan sudah bersih, span yang digunakan mungkin sedang menyimpan jutaan bakteria.

Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan

SPAN BASUH PINGGAN PENUH DENGAN KUMAN, BOLEH RISIKO CIRIT-BIRIT

Kredit gambar: Mateus Andre dari Freepik

Menurut Public Health Malaysia di Facebook, pelbagai jenis bakteria termasuk Acinetobacter, Moraxella dan Chryseobacterium boleh melekat pada span basuh pinggan walaupun sudah digunakan bersama sabun pencuci.

Malah, span yang nampak bersih itu sebenarnya boleh jadi lebih kotor daripada tandas. Ini kerana struktur span yang berliang dan sentiasa lembap menjadi tempat ideal untuk bakteria membiak.

Apabila span digunakan untuk cuci pelbagai peralatan daripada pinggan hingga botol susu bayi, kuman mudah berpindah dari satu permukaan ke permukaan lain.

Jadi, jangan pandang ringan. Setiap kali kita guna span kotor, sebenarnya kita mungkin sedang menyebar bakteria ke seluruh dapur tanpa sedar.

CARA MUDAH BERSIHKAN ATAU TUKAR SPAN

Nak elak daripada kuman berpesta dalam span, mudah saja caranya seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia sendiri:

  1. Rebus span dalam air panas selama 5 minit.
  2. Microwave span yang dibasahkan dengan air dan sedikit peluntur (bleach) selama 2 minit.
  3. Tukar span baru setiap 3 minggu sekali atau lebih cepat jika sudah berbau busuk atau mula berubah warna.

Nak lebih selamat, tukar setiap minggu. Harga span tak mahal, tapi kesihatan keluarga tak ternilai. Jangan sayang nak buang span yang sudah kusam atau berbau, terus ganti baru.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Tompok Ungu Dalam Kentang Selamat Dimakan Atau Bahaya? Ini Jawapannya!

Aimi

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

5 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

10 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

11 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

12 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

12 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

13 hours ago