ayam goreng keluar darah

Bila tengah goreng ayam di dapur, tiba-tiba nampak ada cecair merah keluar dari isi ayam. Walaupun ayam dah siap ‘defrost’ sempurna, situasi ayam goreng keluar darah ini kadang-kadang buat ramai risau sama ada ayam masih mentah atau sebenarnya tak masak sepenuhnya.

Perkara ini sebenarnya bukan asing. Ramai yang pernah alami benda sama, terutama bila goreng ayam beku atau ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Lagi-lagi kalau sedang masak cepat untuk keluarga, memang terus jadi tanda tanya.

Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!

PUNCA AYAM GORENG KELUAR DARAH WALAUPUN DAH ‘DEFROST’

ayam goreng keluar darah

Isu ini turut tular di media sosial apabila seorang pengguna bertanya apa perlu dibuat bila ayam goreng keluar cecair merah walaupun sudah didefrost. Daripada satu soalan ringkas, rupanya ramai berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Ini antara jawapan dan pengalaman yang dikongsi oleh orang ramai:

  • “Ayam beku yang sudah defrost memang lebih mudah keluarkan cecair semasa goreng berbanding ayam segar. Itu normal, cuma goreng lebih lama sikit sampai betul-betul masak. Pengalaman sebagai peniaga ayam goreng sambilan.”
  • “Kalau goreng bahagian peha, boleh kelar sikit atau cucuk guna pisau. Masa goreng memang akan keluar cecair, tapi bila dah masak, dalam ayam akan elok tanpa apa-apa darah.”
  • “Itu bukan darah sebenar, tapi cecair dari otot atau tulang (meat juice) yang keluar bila dimasak.”
  • “Petua lain, guna teknik brine dengan garam, kunyit dan sedikit cuka supaya ayam lebih juicy dan isi lebih terbuka, kurang risiko keluar cecair merah.”
  • “Goreng dengan api sederhana supaya bahagian dalam sempat masak elok dan tak “terkejut” panas.”
  • “Elakkan ayam beku kalau boleh atau potong kecil sebelum goreng supaya lebih cepat masak sekata.”
  • ‘Sebelum masak, boleh cucuk ayam sampai ke tulang supaya cecair mudah keluar. Kalau dah goreng dan masih keluar, goreng semula dengan api perlahan.’

Sebenarnya itu darah atau bukan?

Ramai yang terkeliru bila nampak cecair merah keluar masa goreng ayam. Hakikatnya, dalam kebanyakan kes, itu bukan darah sebenar. Ayam yang sudah disembelih biasanya darah sudah pun dikeluarkan.

Cecair merah yang keluar itu lebih kepada myoglobin, iaitu protein dalam otot ayam yang akan keluar bila terkena haba panas semasa memasak. Sebab itu kadang-kadang ayam nampak macam “tak masak” walaupun sebenarnya dah masak, cuma masih keluar jus dari dalam isi ayam.

Tips supaya ayam tak keluar cecair merah semasa goreng

ayam goreng keluar darah

Kalau nak elakkan situasi ni, boleh cuba beberapa tips ini:

  • Pastikan ayam defrost betul-betul sebelum goreng
  • Guna api sederhana supaya ayam masak sekata
  • Cucuk atau kelar sedikit bahagian tebal ayam
  • Potong ayam kepada saiz lebih kecil
  • Perap dengan garam dan kunyit untuk bantu rasa dan tekstur lebih baik
  • Goreng lebih lama sedikit dengan api sederhana rendah di hujung proses

Ayam goreng keluar darah bukanlah sesuatu yang pelik dan dalam kebanyakan kes, ia masih selamat dimakan jika dimasak dengan betul. Cuma teknik memasak memainkan peranan besar untuk pastikan ayam masak sekata, juicy dan nampak lebih menyelerakan.

Kalau selalu jadi macam ni di dapur, mungkin boleh cuba ubah cara goreng atau teknik perapan supaya hasilnya lebih sempurna setiap kali masak ayam goreng di rumah.

Sumber: Facebook

Baca juga: Udang Masak Sambal Nampak Kecut? Chef Ini Kongsi Petua Siang Supaya Nampak ‘Gemuk’ & Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN