Categories: Informasi

Kutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya

Kutu Beras Tetap Ada Walaupun Tak Buka Lagi? Lelaki Ini Kongsi Sebabnya. 

Mesti korang pernah terfikir kenapa masih ada serangga ini walaupun baru beli atau tak pernah buka lagi kan?

Menyakitkan hati betul. Sebabnya automatik nasi yang dimasak jadi cepat basi, lembik lepastu tak sedap. Nak buang terasa rugi juga sebab beras encik suami yang beli.

Baca juga: Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna ‘Bawang Putih’, Satu Pun Tak Tinggal

Jom ikuti perkongsian dari Naim AJ Pest ini untuk mengetahui dari mana serangga ini datang dalam bungkusan walaupun tak pernah buka.

Kutu Beras Ialah Serangga Jenis Stored Product Pest

Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masalah yang sudah lama wujud dalam industri pertanian.

Walaupun tidak mambawa bahaya kepada manusia, kutu ini amat berbahaya kepada bahan pertanian.

Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

Macam mana boleh ada dalam beras walaupun baru beli ?

Serangga ni sebenarnya dia bertelur di dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras itu sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.

Bila dah sampai tempoh matang serangga, ia akan keluar dari beras kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain.

Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telurnya ke dalam beras yang lain.

Sebab itu, bila kita jarang masak cepatlah ia keluar, yang rajin masak nasi, kutu beras tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.

Dapat lah extra protein gitu. Tapi tak jadi masalah kalau termakan telur kutu beras ni.

Macam mana nak selamatkan beras?

1. Jangan simpan beras dalam tempoh masa yang lama.
2. Beli beras daripada kedai yang sentiasa mendapat bekalan baru.
3. Simpan beras di tempat kering dan kedap udara.
4. Masukkan daun pandan, cili kering atau tumbuhan herba tidak berbahaya yang mempunyai bau yang kuay ke dalam beras berkutu.
5. Basuh beras berulang kali supaya beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan.

Jadi selepas ini tiada lagilah isu dalam mengawal kehadiran kutu dalam beras kan?

Dengan beberapa langkah mudah dan teknik pembasuhan beras yang betul, anda boleh mengelakkan diri daripada terjumpa serangga ini ketika menyuap nasi.

Selamat mencuba!

Baca juga: Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Peria Goreng Kekal Rangup & Tak Cepat Lemau, Sedap Ratah Sebagai Kudapan!

Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…

7 hours ago

Cara Masak Bendi Goreng Berlada Telur, Lauk Ringkas Tapi Sambal Pedasnya Buat Selera Bertambah-Tambah

Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…

10 hours ago

Resipi Rice Pudding Arab Yang Lembut Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…

10 hours ago

Cara Mudah Masak Pulut, 5 Langkah Ini Buat Pulut Lembut & Jadi Cantik Sebutir-Sebutir

Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…

11 hours ago

Resipi Udang Butter Nestum Rangup & Wangi Semerbak, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…

12 hours ago

Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…

12 hours ago