Pisang goreng boleh dikatakan makanan harian rakyat Malaysia. Ada orang, setiap hari mesti akan cari pisang goreng ni.
Tapi siapa yang pernah makan Pisang Penyet atau dikenali sebagai Sanggar Pappek ini? Ia merupakan makanan tradisi kaum Bugis.
Sanggar bermaksud ‘pisang’ manakala Pappek bermaksud ‘penyet’. Sedap dimakan bersama sambal.
Kalau ada yang tertanya-tanya macam mana rasa dia, jom lihat resipi lengkap di bawah.
1. Kupas pisang. Tips kupas supaya tak kena getahnya, kupas dibawah air yang sedang mengalir dari paip.
2. Sediakan setengah besen sederhana besar air paip. Letakkan 1 sudu besar garam.
3. Masukkan bawang putih yang sudah dipenyek dan ditumbuk ke dalam air.
4. Masukkan pisang yang sudah dikupas, biarkan selama 15-20 minit supaya bawang putih dan garam meresap ke dalam pisang. Ia akan memberi rasa dan aroma yang harum pada pisang.
5. Kemudian toskan.
6. Goreng pisang tadi tanpa dipotong atau dibelah.
7. Bila pisang dah separuh masak, terus angkat.
8. Sediakan kantung plastik seperti dalam gambar, gunting sedikit kedua sudut kiri dan kanan.
9. Masukan pisang 2 biji seperti dalam gambar ini, kemudian di penyek perlahan-lahan. Pastikan pisang di penyek semasa masih panas agar ia tak pecah-pecah.
10. Ini hasilnya.
11. Goreng semula di atas minyak yang panas. Goreng sehingga garing.
12. Rupa sanggarak pappek setelah digoreng kali kedua. Siap untuk dihidang bersama sambal.
Kredit: Teratai Putih
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…