resepi baby kailan

Kadang-kadang kita tak perlukan lauk yang rumit pun untuk buatkan satu hidangan jadi cukup sempurna. Dengan hanya sayur hijau yang segar dan ditumis ringkas menggunakan bahan asas dapur, resepi baby kailan seperti ini sudah cukup untuk buatkan nasi bertambah dan selera makin terbuka.

Perkongsian ringkas daripada Wiwien Chempaka di Facebook memang mencuri perhatian ramai. Resepi Baby Kailan Tumis bukan saja mudah dan cepat disediakan, malah rasanya seimbang, tak terlalu masin dan langsung tak muak.

Paling menarik, tak perlu letak garam langsung kerana perisa dari bahan lain sudah mencukupi. Kalau anda sedang mencari resepi baby kailan simple untuk lauk harian, inilah antara yang wajib dicuba.

Baca juga: Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

RESEPI BABY KAILAN TUMIS

resepi baby kailan

Bahan-bahan:

  • Baby kailan (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Cili padi merah (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Sos tiram
  • Sos ikan

*Nota penting: Tak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan sudah cukup masin dan berperisa.

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan.

3. Masukkan belacan, tumis sekejap sahaja supaya aromanya keluar.

4. Masukkan cili padi merah dan kacau ringkas.

5. Masukkan baby kailan, gaul hingga sayur mula layu.

6. Perasakan dengan sos tiram dan sos ikan secukup rasa.

7. Kacau cepat atas api sederhana dan terus tutup api.

*Tip penting: Jangan tumis terlalu lama supaya baby kailan kekal rangup dan warnanya hijau segar.

Tumis sayur ringkas memang lebih sedap kerana rasa asli sayur lebih terserlah. Tak berminyak, tak muak dan sesuai dijadikan lauk harian, terutama bila makan panas-panas dengan nasi putih.

Tak hairanlah ramai yang gemar resepi Baby Kailan Tumis kerana selain cepat siap, rasanya tetap padu walaupun guna bahan asas dapur sahaja. Lauk simple inilah yang selalunya buat kita rasa puas makan di rumah.

Kalau anda jenis yang suka masakan ringkas, sihat dan cepat siap, resepi Baby Kailan Tumis memang patut ada dalam senarai menu mingguan.

Selamat mencuba!

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Sayur Kailan Ikan Masin Siraman Kuah Pekat, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN