Sedapnya makan Sayur Campur walaupun ia selalu dijadikan sebagai hidangan sampingan. Kalau nak masak sayur yang sedap, boleh ikut cara ini.
Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng
Selepas dimasak pun, sayurnya masih lagi segar dan rangup. Jadi, memang sedap dimakan bersama nasi. Nak buat sebagai menu utama pun sesuai sebab naik selera bila menjamahnya.
Sayuran paling sedap untuk rasa rangup kebiasaannya ialah sayur brokoli, lobak merah, dan baby jagung. Ikut selera anda juga sebenarnya nak letak sayuran apa. Ada juga yang suka masukkan cendawan. Ikut citarasa masing-masing.
Ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Nurul Ateekah ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Kemudian tumis bawang merah.
3. Masukkan udang dan biarkan ia masak seketika.
4. Masukkan snow peas, cendawan butang, bunga kubis hijau, jagung, lobak merah, cili merah, cili hijau dan serbuk lada hitam , biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali, baru masukkan perasa atau serbuk MSG dan gaulkan sehingga sebati atau sehingga sayur setengah masak.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Sayur Campur cara mudah ini.
Baca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…