sayur bayam tumis

Resipi sayur bayam tumis udang ini memang sangat mudah. Tapi kalau nak sedap, kena pilih bayam yang segar dan muda. Jangan guna yang dah layu atau kekuningan, nanti rasa kurang enak. Masa siang bayam, jangan lupa buang selaput luar batangnya.

Satu lagi tip penting, masak sayur guna api besar. Barulah warna hijau cantik dan sayur tak layu. Dengan bahan yang mudah dan cara masak yang betul, hidangan ni bukan saja sedap, tapi juga berkhasiat.

Baca juga: Resipi Sayur Bendi Goreng Udang, Ikut Tips Ini Supaya Tak Jadi Berlendir!

RESIPI SAYUR BAYAM TUMIS UDANG

sayur bayam tumis

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur bayam – disiang, asingkan daun dan tangkai
  • 6 ekor udang sederhana – dibuang kulit
  • 4 ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 biji cili merah – dihiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (pilihan)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air. Biarkan kuah mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
  5. Masukkan batang bayam terlebih dahulu dan biarkan sehingga sedikit lembut.
  6. Kemudian, masukkan daun bayam dan kacau rata.
  7. Tutup api dan kacau sekali lagi sehingga sayur empuk.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Adnil Sam

Baca juga: Resipi Bakwan Sayur Rangup Ada Petuanya, Ikut Saja Langkah Mudah Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN