Categories: Resipi

Resipi Sate Roti Sosej Untuk Kudapan, Goreng Panas-Panas Memang Laju Licin!

Sate roti sosej memang antara menu paling mudah dan cepat disediakan untuk bekal sekolah anak. Bahan pun ringkas, hanya guna roti, sosej dan telur sahaja. Paling penting, anak boleh makan tanpa comot dan kebersihan pun lebih terjaga.

Menu ini juga sesuai untuk jamuan kelas atau majlis kecil sebab senang nak agih, tak mudah bersepah dan boleh dibuat awal. Bila potong kecil-kecil, bentuknya pun nampak comel dan menarik perhatian kanak-kanak.

Selain itu, sate roti sosej ini juga boleh dibuat banyak sekaligus. Bau dia wangi sungguh semasa menggoreng, memang menggoda! Sesuai sangat sebagai kudapan waktu petang atau untuk dibekukan sebagai stok.

Baca juga: Resipi Telur Gulung Korea Yang Lembut Berlapis & Lagi Sedap Dari Telur Dadar, Anak Mesti Suka!

RESIPI SATE ROTI SOSEJ

Bahan-bahan:

  • 3 batang sosej (untuk 1 set)
  • Roti putih secukupnya
  • 7 biji telur
  • Garam atau perasa
  • Tepung goreng segera (dibancuh pekat dengan air)
  • Lidi sate secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus sosej hingga masak.
  2. Penyekkan roti dan gulung bersama sosej.
  3. Cucuk lidi secara melintang di kiri dan kanan supaya roti tidak terbuka dan senang dipotong.
  4. Untuk 3 roti sosej, anda akan dapat 6 batang.
  5. Setelah siap dicucuk, potong kecil-kecil hingga menjadi bentuk sate.
  6. Pecahkan 3 biji telur ke dalam gelas panjang, tambah garam/perasa dan bancuhan tepung goreng segera yang pekat.
  7. Celup roti sosej ke dalam bancuhan dan terus goreng.
  8. Bila bancuhan telur tinggal separuh, tambah lagi telur. (Jumlah telur digunakan: 7 biji)
  9. Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga roti sosej bertukar warna keemasan.
  10. Angkat dan toskan minyak.
  11. Selepas siap digoreng, sate roti sosej akan jadi lembut, wangi dan memang menggoda baunya.

Sumber: Cik Ijan

Baca juga: Sandwich Telur Mayo Paling Mudah, Anak Sampai Berebut Nak Makan!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago