resepi telur gulung

Resepi telur gulung Korea ini memang nampak ringkas, tapi hasilnya lembut, berlapis cantik dan penuh rasa. Bila tengok cara orang Korea makan telur gulung dalam drama, terus rasa teringin nak buat sendiri.

Resepi ini bukan saja sesuai dijadikan lauk, tapi juga boleh dijadikan hidangan sarapan atau bekal anak ke sekolah. Paling menarik, bahan-bahannya pun mudah. Hanya guna telur, sayur dan sedikit perasa.

Kalau biasa goreng telur begitu saja, kali ini boleh ubah selera dengan versi Korea yang nampak lebih menarik. Anak-anak pun mesti teruja nak makan!

Baca juga: Resipi Telur Bistik ‘Campak-Campak’ Tapi Serius Sedap, Sesuai Untuk Hari Malas Masak!

RESEPI TELUR GULUNG ALA KOREA

resepi telur gulung

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (boleh guna 2–3 biji ikut keperluan)
  • 2 biji cili merah besar*
  • Sedikit daun bawang*
  • Sedikit daun sup*
  • Sedikit lobak merah (carrot)*
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit garam

* Bahan bertanda * perlu dicincang halus atau dipotong dadu kecil.

Cara-cara:

  1. Cincang halus semua bahan bertanda *.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama telur, serbuk perasa dan sedikit garam. Pukul hingga sebati.
  3. Panaskan kuali non-stick, tuang sedikit adunan telur. Bila telur mula masak, gulung perlahan-lahan.
  4. Ulang langkah tuang dan gulung sehingga habis adunan.
  5. Setelah siap, potong mengikut saiz yang diinginkan.

Sumber: Faiza Rosdi

Baca juga: Resipi Udang Butter Dengan Telur Garing Halus, Macam Makan Dekat Restoran!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN