Kalau anda tengah cari menu simple tapi sedap, resipi sardin telur pecah ini memang juara! Hanya beberapa bahan asas dan beberapa minit memasak, anda boleh dapat hidangan yang menyelerakan dan sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.
Menu ringkas macam ini kadang-kadang paling power sebab boleh buat anda tambah nasi berkali-kali. Dengan telur yang sedikit pecah dan sardin yang berkuah, kombinasi rasa masin, manis dan sedikit masam dari limau nipis memang tak pernah mengecewakan.
Baca juga: Resepi Laksa Sardin Tin Paling Senang, Menu Ekspres Bila Tiba-Tiba Teringin Makan Laksa!
Bahan-bahan:
*Tip: Untuk rasa pedas lebih menyerlah, tambah cili padi ikut selera anda.
Cara-cara penyediaan:
1. Mulakan dengan memisahkan ikan sardin dari sos supaya ikan lebih mudah digoreng garing.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan ikan sardin, tutup kuali supaya minyak tak terpercik. Goreng hingga garing, kemudian ketepikan.
3. Tumis 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih hingga layu dan naik aroma.
4. Masukkan sos sardin bersama sedikit air supaya berkuah. Tambah 1/2 sudu kicap manis, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng, hancurkan sedikit supaya sebati dengan sos.
6. Pecahkan 4 biji telur di atas sardin. Jangan kacau supaya kuning telur sedikit pecah tapi masih gebu.
7. Masukkan hirisan bawang merah, cili padi, daun ketumbar dan perahkan limau nipis untuk rasa lebih segar.
Tips Sardin Telur Pecah Agar Lebih Sedap
Resipi sardin telur pecah ini memang simple tapi padu. Sesuai untuk sarapan cepat, makan tengah hari atau makan malam, confirm buat anda tambah nasi berkali-kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamdan Mubarak
Baca juga: Resepi Sardin Black Pepper, Lauk Bajet Tunggu Gaji Tapi Sedapnya ‘Next Level’!
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…