resepi laksa sardin tin

Peminat laksa pasti suka resepi Laksa Sardin Tin yang mudah tapi cukup memuaskan. Tak perlu rebus ikan, kuahnya tetap berlemak dan menyelerakan buat seisi keluarga.

Laksa ialah sejenis hidangan mi beras popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dihidangkan bersama kuah berasaskan santan atau asam yang kaya dengan rasa rempah.

Nak masak cepat untuk makan tengah hari, petang atau malam, buat saja resepi Laksa Sardin Tin yang dikongsikan oleh Siti Noorbaya Othman di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Laksa Siam Versi Kuah Pekat, Rasa Segar Berlemak Yang Luar Biasa!

RESEPI LAKSA SARDIN TIN

resepi laksa sardin tin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin besar (separuh kisar, separuh hancur kasar, saya tak ambil sosnya)
  • Laksa
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Asam keping

Bahan-bahan kisar halus:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili kering

Bahan tambahan:

  • Daun Salad
  • Timun batang
  • Bawang
  • Cili padi atau akarnya
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

resepi laksa sardin tin

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, kisar separuh sardin, separuh lagi hancur kasar (saya tak ambil sosnya).
  2. Isi air dalam periuk, masukkan daun kesom, bunga kantan, asam keping dan bahan-bahan yang telah dikisar halus.
  3. Selepas itu, masak sampai mendidih kuahnya.
  4. Seterusnya, masukkan garam dan sedikit gula melaka.
  5. Akhir sekali, celur laksa dan toskan, masukkan dalam mangkuk dan tuang kuah laksa.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Noorbaya Othman

Baca juga: Cara Buat Laksa Sarawak Pekat, Wangi & Berlemak, Confirm Hirup Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN