Categories: ArtikelInfomasi

Sarapan Sambil Layan View Tepi Sungai, Warung Di Tanjung Rambutan Ini Raih Perhatian Ramai

 

Anda yang sedang bercuti di Ipoh dan tak tahu nak makan di mana? Haa anda memang telah datang ke tempat yang betul. Sebuah akaun di Twitter @MohKeIpoh ada berkongsi sebuah gerai yang menyajikan makanan sarapan pagi dan tengah hari dan yang paling bestnya, anda akan menikmati makanan anda di tepi sungai. Dan yang paling penting sekali, semestinya lah makanan di sini murah dan sedap!

Makan Di Tepi Sungai, Memang layan:

Memang tenang betul dapat makan tengahari nasi berlauk ikan bakor tepi sungai macam ni. Cuaca sejuk & nyaman je

Makan nasi putih dengan lauk ikan siakap bakor, ikan talapia bakor & udang goreng tepung di tepi sungai. Menarik kan? Moh Kita!

Selain daripada makanan tengah hari, kedai ini juga ada menyajikan makanan sarapan pagi tau. Tetapi untuk sarapan, mereka hanya akan beroperasi pada hari sabtu dan ahad sahaja.

Layan betul sarapan tepi sungai. Baru tahu kedai ni buka untuk sarapan setiap hari sabtu & ahad. Nasi lemak, roti bakor & teh tarik. Lengkap!

Sarapan pagi hanya akan beroperasi bermula dari 9.30 pagi hingga tengah hari sahaja.

Haa best kan tempat makan ni? Sambil makan sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai! Harganya juga sangatlah murah memang berbaloi lah kalau anda datang makan di sini.

Moh ke WARUNG DERUAN SUNGAI @ The Roots Tg Rambutan. Mula beroperasi 1 Mac 2022 (Selasa) Lokasi & waktu operasi Warung Deruan Sungai : The Roots Eco Resort Kampung Kolam, 31250, Tanjung Rambutan, Perak.  11 pagi – 5 petang (Tutup hari Jumaat) ” 

Sumber: @MohKeIpoh

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago