Kadang-kadang tu memang susah sangat nak cari tempat sarapan pagi yang menyajikan pelbagai jenis juadah dan sedap kan? Selalunya orang kita kalau nak sarapan mesti akan pergi ke kedai mamak atau makan nasi lemak kan? Haa, apa kata anda cuba kelainan sedikit dengan makan makanan Timur dan Barat sebagai sarapan anda.
Kalau anda berada di Ipoh, ini adalah berita baik untuk anda! Sebuah kedai yang bernama Kedai Cikgu dan terletak berdekatan dengan lapangan terbang Ipoh, ada menjual sarapan pagi dengan masakan gabungan Timur dan Barat. Rata-rata pelanggan di sini juga menggemari makanan yang dijual di sini. Sedap katanya.
Sebuah akaun di Twitter @kraszbatu ada berkongsi pengalamanya makan di Kedai Cikgu ini.
” Kedai Cikgu di Jalan Lapangan Terbang. Sarapan pagi sahaja. ”
Kepada anda yang tidak familiar lagi dengan kedai ini, Kedai Cikgu ini hanya beroperasi untuk sarapan pagi sahaja. Jadi kalau anda nak singgah di sini pastikan anda datang awal tau!
Antara menu yang menjadi pilihan orang ramai adalah, Nasi Lemak, Chicken Chop, Roti Canai dan banyak lagi lah. Memang tak rugi anda datang ke sini.
” Kat sini makanan gabungan masakan timur dan barat. Sedap dan biasalah makan tempat sedap2 kena banyakkan bersabar. ”
Tengok sahaja gambar makanan ni, memang dah terliur kan. Ramai juga yang memberi review dan mengatakan maknana di sini sedap-sedap belaka.
” Chicken chop dia best sangat.. crispy ”
Nampak menarik kan? Jadi kalau anda ada plan nak bersarapan pagi di Ipoh, anda wajib singgah di Kedai Cikgu ni tau!
Sumber: @kraszbatu
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…