Categories: ArtikelInfomasi

Sarapan Pagi Ala-Ala Di Cameron Highland Tapi Sebenarnya Di Perlis Je, Makanannya Juga Sedap Belaka

Kalau pergi ke Pelis je pasti ramai yang tidak tahu nak makan di mana kan? Haa siapa cakap Negeri Perlis ni takde tempat best untuk bersarapan. Sebenarnya ada tau! Ada sebuah kedai yang bernama Kopi Kebun dan terletak di Kangar ni, mereka menyajikan makanan sarapan pagi yang sedap tau.

Bukan itu sahaja, suasana kedai ini juga sangatlah cantik tau. Ala-ala sarapan pagi di Cameron Highland. Kalau anda singgah di sini, anda bukan sahaja dapat makan makanan mereka yang sedap ni malah dapat juga bergambar. Menarik kan?

Sarapan Pagi Ala-Ala Di Cameron Highland Tapi Sebenarnya Di Perlis Je, Makanannya Juga Sedap Belaka:

Sebuah akaun di Twitter @NadiaFariha_ ada berkongsi tentang pengalamanya makan di Kopi Kebun ni. Katanya anda patut cuba makan scone mereka. Sedap sangat!

Siapa cakap perlis takdak tempat best ?! Ni lagi satu tempat breakfast best kat perlis. Kedai dalam kampung ja tapi rasa macam breakfast di cameron ! U gais should try their scone too. Sedap ya ampun

Antara makanan yang dijual di sini adalah dari makanan lokal hinggalah ke barat seperti nasi lemak, laksa dan sandwiches. Kalau anda peminat kopi, di sini juga ada menjual kopi yang sedap tau! Anda wajib cuba makan sarapan pagi di sini.

” Sedap weh !! Tak manis sangat dan cair kat mulut !! ”

Selain daripada sarapan pagi, anda juga boleh datang untuk makan petang kerana kedai ini beroperasi sehingga jam 5 petang. Jadi anda boleh lah minum kopi mekera untuk Hi-Tea dan lepak chill dengan kawan korang.

Nampak menarik kan kedai ni? Haa kalau anda kini berada di Perlis atau ada plan hendak ke perlis, anda jangan lupa tau singgah ke Kopi Kebun By Aji Heritage Farm di Kg Sentua, Utan Aji ni okay? Memang dijamin puas hati lah.

Alamat: Kopi Kebun By Aji Heritage Farm, Kg Sentua, Utan Aji, Kangar. Perlis

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (8AM – 5.30PM)

Sumber: @NadiaFariha_

Nasiha

Recent Posts

Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa memerlukan cara kukus atau bakar dan salah…

24 mins ago

Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

Nak makan Sizzling Yee Mee tapi tiada hot plate pula. Jangan risau, anda boleh buat…

46 mins ago

Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

Buat anda yang sedang mencari resepi Daging Bakar Thai yang menyelerakan, kenalah tengok yang kami…

54 mins ago

Resipi Pulut Kacau Paling Senang, Lembut Sama Macam Nenek Buat!

Resipi pulut kacau merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat digemari terutama bagi peminat rasa…

57 mins ago

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

3 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

3 days ago