Siapa peminat avocado? Mari cuba buat Sandwich Avocado dirumah. Memang ringkas dan setanding seperti beli di kafe.
Seperti yang kita tahu, avocado adalah salah satu makanan yang padat nutrien. Kaya dengan serat, folate, potassium, vitamin E, dan magnesium di antara semua buah yang ada. Profil pemakanan ini menjadikannya layak digelar Superfood.
Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!
Kalau anda baru berjinak nak makan avocado, boleh cuba resipi dari perkongsian Cik Puan Khadijah Jaafar ini. Sangat mudah, mengenyangkan dan semestinya penuh khasiat.
RESIPI SANDWICH AVOCADO
Rasa avocado berlemak, bila dibuat sandwich sedap, kenalah dengan selera cik tie. Buah avocado boleh kurangkan berat badan dan kolestrol. Lepas ni selalulah beli avocado. Kalau nak beli avocado cari yg berwarna hijau gelap, bila picit rasanya lembut sedikit. Itu tandanya avocado itu sudah masak. Jom cuba!
Bahan-bahan:
- Roti putih/wholemeal
- Avocado
- Lemon
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Scrambled egg
- Salad
Cara penyediaan:
1. Lenyekkan avocado. Kemudian, perahkan sedikit lemon. Lemon ni tak perlu banyak sedikit sahaja, nanti masam.
2. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Ini ikut selera masing-masing. Nak letak boleh, tak letak pun boleh.
3. Lenyekkan avocado sampai hancur.
4. Ambil roti, letakkan salad dan diikuti dengan avocado di atas roti.
5. Kemudian, letakkan pula scrambled egg. Siap untuk dimakan!
Boleh dinikmati bersama kopi atau teh. Selamat mencuba resipi Sandwich Avocado ini.
Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal