pajeri terung

Resipi Pajeri Terung ni sesuai untuk terung panjang 4-5 biji saiz besar dan sederhana. Nanti jangan lupa belah 2 terung jangan sampai putus. Kalau anda nak masak lebih atau kurang, boleh adjust bahan-bahannya.

Hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng, fuhh itu dah cukup memadai. Mau makan tak toleh kiri kanan.

Keenakan masakan ni bukan je pada terung tu, tapi kuahnya juga. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila gaul banyak dalam nasi lagi bertambah berselera.

Baca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!

Resipi pajeri terung yang dikongsikan oleh Cempaka Iris Yaya ni mudah je nak buat. Bahan-bahannya ringkas.

Cukup dengan rasa lemaknya. Cuma resipi ni tak pedas. Kalau nak pedas mungkin boleh masukkan sikit cili kisar ikut selera anda.

Terung tu tak perlu bakar sikit atau goreng dulu. Masukkan je terus dalam kuah dan biarkan masak sehingga lembut.

Sambil reneh tu kuah pun jadi pekat dan pecah minyak. Itu yang buatkan sedap bila kuah meresap ke dalam terung. Jom lihat cara memasaknya.


Resipi Pajeri Terung

Bahan-bahan:

  • 4-5 biji terung
  • 2 paket kecil rempah kari daging (faiza)
  • 1 mangkuk kecil santan (atau 1 plastik kecil yang dijual tu)
  • 1 paket kecil kerisik
  • 2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 3 sudu besar gula atau secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika perlu)

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Halia 1 ibu jari
  • Segenggam udang kering

Cara memasak:

1. Belah 2 terung jangan sampai putus. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.

3. Kemudian masukkan terus rempah kari (tak perlu bancuh dengan air). Kacau cepat-cepat sehingga sekata.

4. Untuk elakkan hangit, masukkan santan sikit dan kacau sebati.

5. Selepas tumis sekejap, baru masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa dan kerisik. Semua ni dimasukkan sekali supaya masak dengan mesra.

6. Dan akhir sekali masukkan terung yang dah siap dibelah tadi.

7. Masukkanlah sikit air agak-agak paras terung tenggelam.

8. Biarkan reneh dan masak sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Gunakan api sederhana je.

9. Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.


Kalau ada sambal ikan bilis kering sebenarnya lagi sedap makan dengan pajeri terung ni. Tak perlu lauk lain lagi dah. Tak percaya anda cubalah.

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN