sambal tempe basah

Sambal Tempe Basah antara lauk pilihan popular sebagai penambah selera. Bagi mereka yang selalu melancong ke luar negara, lauk ini seringkali dibawa untuk dinikmati bersama nasi putih.

Terdapat pelbagai versi sambal tempe, antaranya adalah sambal tempe kering dan sambal tempe basah. Jika anda lebih suka sambal tempe basah, anda boleh mencuba resipi yang telah dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.

Baca juga: Cucur Tempe Resipi Chef Dave, Tak Sangka Sedap Rupanya!

Keistimewaan sambal tempe versi Mariana Zainal ini terletak pada kelazatan dan ikan bilisnya yang rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.


RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH CARA SIMPLE 

sambal tempe basah

Bahan-bahan: 

Bahan-bahan kisar: 

  • 25 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara penyediaan: 

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
  2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping.m
  3. Masak hingga betul-betul naik minyak dan sambal garing.
  4. Masukkan air. Biarkan mendidih ganas dan sambal pekat.
  5. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api. Siap.

Selamat mencuba resipi mudah ini.

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Buat Sendiri Tempe Guna 3 Bahan Saja, Wanita Ini Kongsi Resipi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN