Categories: Infomasi

Sambal Tauhu Tempe Berlada, Ini Memang Menu Bikin Tambah Nasi!

Semua orang suka makan pedas, kan? Jadi kali ini, kami kongsikan resepi sambal tauhu tempe berlada yang bukan saja sedap tapi juga membuat sesiapa yang menikmatinya akan teringat-ingat.

Resipi ini sesuai dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Tekstur tempe yang rangup dan tauhu yang lembut disaluti sambal pedas manis, pasti menggoda selera! Kalau nak lebih kaw, tambahkan sedikit lagi cili untuk rasa lebih pedas.

Kalau anda penggemar masakan pedas, wajib cuba resepi ini.

Baca lagi: Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

RESIPI SAMBAL TAUHU TEMPE BERLADA

Bahan-bahan:

Untuk Mengisar (Bahan Kering):

  • Cabai merah besar (ikut citarasa)
  • Cabai Vietnam (pilih ikut tahap kepedasan yang anda suka)
  • Bawang merah
  • Bawang putih (lebihkan untuk rasa lebih mantap)
  • Sedikit belacan

Bahan Lain:

  • Tauhu (potong kecil)
  • Tempe (potong kecil)
  • Garam dan serbuk kunyit untuk menggaul tauhu dan tempe
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Perasa Sambal:

  • Sos tiram
  • Garam, gula, dan serbuk perasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pes asam jawa (gunakan jenama kegemaran, seperti Adabi)

Cara Penyediaan

1. Potong tauhu dan tempe menjadi saiz kecil yang sesuai.

2. Gaulkan tauhu dan tempe dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng tauhu dan tempe hingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

5. Tumiskan bahan kisar kering yang telah disediakan (cabai merah, bawang, belacan) sehingga naik bau wangi dan sedikit garing.

6. Masukkan sos tiram, garam, gula, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Tambahkan pes asam jawa.

7. Biarkan bahan tumisan dimasak sehingga sambal kelihatan pecah minyak. Ini tanda sambal anda sudah masak dengan sempurna.

8. Tutup api. Masukkan tauhu dan tempe yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaulkan rata sehingga semua bahan bersalut cantik dengan sambal.

Hati-hati, hidangan ini memang menu “tambah nasi”! Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Kimi Merong Mahawangsa

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Aisha Qistina

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

6 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

8 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

8 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

8 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

9 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

9 hours ago