sambal sotong petai

Kalau anda sedang mencari sambal sotong petai yang pekat, wangi dan tak hanyir, resipi ini memang pilihan terbaik. Gabungan cili kisar yang ditumis lama, petai rangup dan sotong yang dimasak sekejap menjadikan sambal ini cukup padu untuk makan dengan nasi panas.

Resipi ini juga menggunakan serai dan daun limau purut untuk menaikkan aroma. Hasilnya, sambal sotong petai yang berkilat, pedas seimban  dan sangat membuka selera. Sesuai untuk hidangan berbuka, sahur atau menu harian.

Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!

RESIPI SAMBAL SOTONG PETAI

sambal sotong petai

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bawang kisar hingga kekuningan dan wangi.

2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.

3. Tuang sedikit air asam untuk seimbangkan rasa.

4. Masukkan serai dan daun limau purut.

5. Tambahkan petai, gaul sebentar.

6. Masukkan sotong yang telah digoreng separuh masak.

7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

8. Reneh 1–2 minit untuk elakkan sotong liat.

Tips Penting Untuk Sambal Sotong Petai Yang Sempurna

  • Sotong jangan dimasak lama.
  • Cili kisar wajib ditumis sampai pecah minyak.
  • Tambah air panas kalau mahu kuah lebih cair.
  • Petai boleh dibelah dua untuk rasa lebih sekata.

Itulah hidangan pedas sotong dan petai yang mudah, cepat dan memang sedap untuk apa sahaja waktu makan. Dengan teknik tumisan yang betul serta tambahan serai dan daun limau purut, hidangan ini bukan sahaja wangi malah lebih sedap setiap kali dipanaskan. Cubalah di rumah, confirm satu keluarga suka!

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Sotong Masak Asam Kunyit Paling Nikmat, Lauk Pedas Masam & Wangi Buat Satu Keluarga Berselera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN