sambal sardin garing

Resipi sambal sardin garing ini memang laku keras setiap kali masak, sekejap saja dah habis licin dimakan.

Kalau tak digoreng, memang kurang laku. Bila digoreng dulu, teksturnya rangup dan sambalnya pula pekat berempah, memang lain macam sedapnya.

Tak perlu banyak tapi hasilnya padu. Aroma daun limau dan serai dalam sambal ini memang buat satu rumah rasa lapar.

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Sardin Tin, Nampak Biasa Tapi Jangan Pandang Sebelah Mata!

RESEPI SAMBAL SARDIN GARING

sambal sardin garing

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (asingkan isi dan kuah)
  • 2 biji kentang (potong bulat nipis atau jejari)
  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga garing. Toskan dan ketepikan.
  2. Goreng isi sardin sekejap (tanpa kuah) hingga sedikit kering. Angkat dan ketepikan. Tip: Untuk elak minyak terpercik semasa menggoreng, tutup kuali dengan penutup.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis serai yang telah dititik bersama bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kuah sardin. Jangan tambah air.
  5. Tambahkan asam keping dan daun limau purut. Kacau sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan sardin goreng dan kentang goreng tadi bersama sedikit hirisan bawang. Gaul rata.
  8. Siap! Boleh terus dihidangkan panas-panas untuk dinikmati dengan nasi putih.

Sumber: Ziela Mazlan

Baca juga: Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN