gulai lemak sardin

Selalunya sardin dalam tin kita masak sambal saja kan? Tapi sebenarnya, ia juga boleh dijadikan hidangan gulai lemak sardin bersama kacang panjang.

Anda boleh ubah suai tahap kepedasan mengikut selera. Memang cukup menyelerakan jika dinikmati bersama nasi panas.

Baca juga: Resipi Sardin Goreng Cili Padi Ini Dijamin Bertambah Nasi, Menu Ringkas Tapi ‘Bahaya’!

RESEPI GULAI LEMAK SARDIN TIN DENGAN KACANG PANJANG

gulai lemak sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (sos tomato)
  • 1 kotak santan (250 ml atau secukupnya)
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 keping asam keping
  • 1 genggam kacang panjang – dipotong
  • 1 helai daun kunyit – dihiris halus
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan
  • 1 ketul kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto atau serbuk perasa – jika suka
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air – jika perlu

Bahan tumbuk:

Cara memasak:

  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan sedikit garam hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  3. Tuang santan ke dalam periuk dan kacau rata.
  4. Masukkan serai yang telah dititik. Kacau supaya bahan sebati.
  5. Tambahkan sos dari sardin tin ke dalam gulai. (Boleh guna semua atau separuh sahaja jika tak mahu kuah terlalu pekat.)
  6. Masukkan asam keping dan sedikit garam. Tambah serbuk perasa jika suka.
  7. Goreng ikan sardin terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam kuah.
  8. Masukkan kacang panjang dan beberapa biji cili padi (jika mahu rasa lebih pedas).
  9. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
  10. Periksa rasa dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Sardin Goreng Kering, Punyalah Sedap Tak Tahu Nak Cakap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN