Anda yang dilahirkan dengan suasana kampung pasti pernah tengok nenek atau ibu anda buat Sambal Pauh Ikan yang sedap tak terkata bukan?
Sesiapa yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apa itu pauh? Buat pengetahuan anda, pauh itu adalah panggilan untuk buah mangga muda.
Nampak macam hidangan yang mudah dan ringkas, tapi sebenarnya Sambal Pauh Ikan adalah salah satu lauk yang sangat sedap dan terkenal di Kelantan tau.
Nak tahu macam mana cara buat Sambal Pauh Ikan yang lazat, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Noryue Rania di Facebook ini.
Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, parut atau cincang buah pauh ringan atau pelam epal.
2. Tumbuk cili api, garam dan gula dengan menggunakan lesung batu, terpulang jika nak letak ajinomoto, macam saya tak letak.
3. Masuk isi ikan dan tumbuk sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan pauh dan tumbuk lagi sehingga sebati, kemudian pastikan rasa manis, masin dan pedas cukup rasa. Siap untuk dihidang!
Resipi ini cukup ringkas dengan menggunakan isi ikan yang dibakar atau direbus. Jika nak lebih sedap, isi ikan perlulah dibakar supaya ada aroma ikan bakar itu di dalam sambal.
Seperti yang kami beritahu tadi, Sambal Pauh Ikan merupakan lauk yang popular di Kelantan, jadi ia sangat enak dimakan bersama nasi yang panas begitu saja.
Selain itu, hidangan ini juga sedap dimakan dengan jering, buah kerdas atau petai. Sudah cuba sekali, pasti mahu lagi nanti.
Setiap kali makan hidangan orang dulu-dulu, terus teringat nostalgia sewaktu berada di kampung yang pastinya anda takkan lupa sampai bila-bila.
Selamat mencuba!
Sumber: Noryue Rania
Baca juga: Jiran Ajar Cara Buat Sambal Goreng, Resipi Mantap Dari Indonesia
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…