sambal nasi lemak legend

Sambal nasi lemak legend memang ada tempat istimewa di hati ramai orang. Sekali rasa, terus teringat nasi lemak yang dijual di kantin sekolah, gerai tepi jalan atau dibungkus dengan daun pisang suatu ketika dahulu. Sambalnya pekat, bilis besar-besar yang lembut, manis pedas seimbang dan aromanya pula memang cukup menyelerakan.

Kalau sekarang kebanyakan sambal nasi lemak menggunakan ikan bilis halus dan lebih kering, versi klasik ini pula tampil dengan bilis bersaiz besar yang dimasak sehingga menyerap segala rasa sambal. Memang puas apabila setiap suapan penuh dengan isi bilis yang lembut dan sambal yang melekat pada nasi.

Lebih seronok bila buat sendiri di rumah kerana boleh pitahap pedas dan kemanisannya mengikut cita rasa keluarga. Sambal ini bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi lemak, malah cukup menyelerakan jika dimakan dengan nasi putih panas. Lagi padu kalau dihidangkan di atas daun pisang kerana aromanya memang membangkitkan selera.

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali Yang Harum Semerbak, Menu Simple Yang Gerenti Laku Keras Satu Rumah!

CARA BUAT SAMBAL NASI LEMAK LEGEND

sambal nasi lemak legend

Bahan kisar A:

  • 7 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • Sedikit air untuk mengisar

Bahan kisar B:

Bahan-bahan lain:

  • 3 genggam ikan bilis saiz besar
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • 340 gram cili kering kisar (lebih kurang 1 mangkuk sederhana besar)
  • 200 ml air
  • Nisan atau gula melaka secukup rasa
  • Gula putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • ½ sudu kecil pes asam jawa
  • ½ sudu kecil cuka

Pilihan (jika suka):

  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Beberapa hiris halia

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak secukupnya, kemudian tumis bahan kisar A selama kira-kira 7 hingga 9 minit sehingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan pula bahan kisar B dan teruskan menumis selama lebih kurang 5 minit.
  3. Jika suka, boleh masukkan daun pandan, serai yang diketuk dan hirisan halia ketika proses menumis untuk menaikkan aroma sambal.
  4. Masukkan cili kering kisar dan kacau tanpa henti selama kira-kira 10 minit sehingga cili benar-benar masak.
  5. Tuangkan 200 ml air dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan nisan atau gula Melaka, gula putih, garam, serbuk perasa dan pes asam jawa. Laraskan semua bahan mengikut cita rasa sendiri. Jika mahukan rasa ala sambal Kelantan, lebihkan sedikit rasa manisnya.
  7. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng seketika tadi, kemudian gaul rata supaya setiap bilis disaluti sambal.
  8. Tambahkan ½ sudu kecil cuka dan teruskan menumis selama kira-kira 25 minit menggunakan api perlahan. Kacau sekali-sekala sehingga sambal benar-benar pekat dan pecah minyak.
  9. Tutup api apabila sambal sudah cantik berkilat dan minyak naik ke permukaan.

Tip penyimpanan

  • Setelah sambal sejuk, simpan di dalam bekas bertutup rapat.
  • Tahan 3 hingga 4 hari pada suhu bilik.
  • Jika disimpan di dalam peti sejuk bahagian chiller, boleh bertahan lebih kurang seminggu.
  • Simpan di dalam peti beku jika mahu tahan lebih lama, malah rasanya masih kekal sedap walaupun disimpan berbulan-bulan.

Untuk menikmati rasa sambal nasi lemak legend yang sebenar, hidangkan bersama set asas nasi lemak iaitu nasi lemak yang lemak berkrim, timun batang, telur rebus, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Jangan lupa alas nasi dengan daun pisang supaya aromanya lebih wangi dan membangkitkan selera. Memang sekali makan terus terkenang nostalgia zaman dahulu.

Sumber: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Tak Sangka Gabungan Gulai Kuning Telur Itik & Rebung Jeruk Sepadan, Sedap Sampai Geleng Kepala!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN