Categories: Resipi

“Jangan Pandang Sebelah Mata Lauk Ni”- Wanita Ini Kongsi Resipi Sambal Ikan Bilis Garing

Sambal ikan bilis garing sangat sesuai dijadikan lauk terutamanya kalau masa travel ataupun kering idea nak masak menu apa.

Yang penting lauk ni boleh dijadikan stok yang tahan lama tau. Kalau korang nak makan dengan bubur atau sup pun sedap.

Resipi Sambal Ikan Bilis Garing

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • Minyak
  • Bawang besar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ikan bilis
  • Gula
  • Bawang goreng

Cara pembuatan:

  1. Basuh bersih cili kering. Sis suka pakai yang jenis besar kalau taknak pedas sangat. Kalau guna yang kerinting tu ia akan jadi pedas hangat. Ikut selera masing-masing nak guna cili yang mana.
  2. Dah basuh bilas, gunting buang biji. Biar sekejap dia kering. Ready untuk goreng.
  3. Goreng jangan lama-lama tau agak-agak garing je. Goreng pakai minyak banyak api sederhana. Jangan sampai hangit pula nanti tak sedap.
  4. Bila dah siap goreng cili, kalau nak goreng ikan bilis pun boleh.
  5. Kemudian, blend kering tanpa letak air.
  6. Masukkan bawang yang telah diblend halus. Goreng sampai garing. Angkat dan tos ketepi.
  7. Biarkan minyak dalam 1-2 sudu sahaja. Masukkan cili kering blend, gula 1-2 sudu, garam setengah sudu, serbuk perasa dan bawang yang digoreng. Masak sekejap je nak bagi sebati semua. Api perlahan je.
  8. Dah sebati, rasa kalau tak cukup gula & garam. Kalau dah okay tutup api.
  9. Selepas tutup api, masukkan bawang goreng (kalau malas guna je yang dalam paket tu) dan ikan bilis yang digoreng.
  10. Gaul sebati. Sedap garing-garing.

Bila dah siap sambal ni, sesuai sangat kalau nak makan dengan roti.

Kredit: Lia Dahlia

Baca juga:

Fatin

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

5 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

7 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

8 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

8 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

8 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

9 hours ago