sambal goreng singapore

Jika anda sedang mencari resipi sambal goreng Singapore yang sedap, pekat dan cukup rasa, perkongsian ini memang sesuai untuk dicuba di rumah. Hidangan ini terkenal dengan gabungan lauk seperti daging, udang, tempe dan tauhu yang dimasak dalam kuah sambal bersantan yang kaya rempah.

Menu sambal goreng Singapore ini sebenarnya sangat popular sebagai lauk nasi kerana rasanya pedas, manis dan lemak santan yang seimbang. Walaupun nampak sedikit renyah kerana beberapa bahan perlu digoreng terlebih dahulu, hasil akhirnya memang sangat berbaloi.

Resipi ini dikongsikan oleh Nurulhuda Yaakub di Facebook yang mencuba sendiri buat pertama kali. Walaupun sekadar ‘try and error’, hasilnya dipuji oleh ahli keluarga kerana rasanya yang cukup seimbang.

Baca juga: Sambal Bangkok Pedas Manis, Resipi Asli Untuk Nasi, Ayam Goreng, Ikan Bakar Dan Mi Goreng

RESIPI SAMBAL GORENG SINGAPORE

sambal goreng singapore

Bahan-bahan kisar:

  • Segenggam cili kering (gunting, rebus dan tos)
  • 8 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas

Bahan-bahan lain:

  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 kotak santan (200 ml setiap satu)
  • ½ kg daging lembu (rebus hingga empuk dan potong kecil)
  • ½ kg udang
  • 10 keping tempe (potong dadu)
  • 10 keping tauhu (potong dadu)
  • 20 tangkai lada merah (hiris nipis)
  • Gula melaka secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • 3 sudu besar bawang merah goreng
  • Mushroom seasoning secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan sambal

Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas sehingga halus. Ketepikan.

2. Goreng tempe

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Goreng tauhu

Goreng tauhu sehingga garing dan keemasan. Ketepikan.

4. Goreng udang

Masak udang dalam minyak panas selama kira-kira 5 hingga 7 minit, kemudian angkat dan ketepikan.

5. Tumis lada merah

Goreng lada merah yang telah dihiris nipis seketika sehingga naik bau.

6. Tumis serai

Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain dan masukkan serai yang telah diketuk.

7. Masak bahan kisar

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan kacau sehingga sambal pecah minyak serta bau cili menjadi lebih wangi.

8. Perasakan sambal

Masukkan gula melaka dan gaul rata. Kemudian tuangkan air asam jawa.

9. Masukkan daging

Masukkan daging lembu yang telah direbus dan kacau hingga sebati dengan sambal.

10. Masukkan santan

Tuang santan dan sedikit air. Kacau hingga kuah mula mendidih. Tambahkan mushroom seasoning dan garam secukupnya. Masak sehingga kuah sambal sedikit pekat.

11. Masukkan bahan lain

Masukkan udang, tempe dan tauhu. Gaul rata. Akhir sekali taburkan bawang goreng, kacau sebentar dan tutup api.

Tip Sedapkan Sambal Goreng Singapore

Jika anda mahu sambal goreng singapore lebih sedap, cuba beberapa tip ini:

  • Masak sambal sehingga pecah minyak untuk rasa lebih padu
  • Gunakan santan pekat supaya kuah lebih lemak
  • Goreng tempe dan tauhu dahulu supaya tidak hancur ketika dimasak

Boleh Tambah Lauk Ikut Selera

Selain daging lembu, resepi sambal goreng singapore juga boleh ditambah dengan beberapa bahan lain seperti:

  • Paru
  • Hati
  • Limpa

Namun jika mahu versi lebih ringkas, cukup gunakan tempe, tauhu dan udang sahaja.
Hidangan sambal goreng singapore ini memang sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas. Gabungan sambal pedas, santan lemak dan pelbagai lauk menjadikan menu ini antara hidangan kampung yang ramai suka.

Jika anda sedang mencari resepi sambal goreng singapore yang lengkap dan mudah, boleh cuba langkah yang dikongsikan ini di rumah. Pasti berbaloi walaupun sedikit renyah!

Selamat mencuba!

Sumber: Nurulhuda Yaakub

Baca juga: Resepi Sambal Jawa Paling Padu, Pedas Manis Sekata Sampai Licin Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN