sambal goreng ikan bilis

Pelbagai resipi yang menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama dan paling disukai semestinya Sambal Goreng Ikan Bilis.

Biasanya sambal ini dibuat dalam versi basah dan sering dimakan bersama nasi lemak, tapi ada yang telah cuba buat dalam versi kering pula iaitu Sambal Goreng Ikan Bilis.

Jika anda nak tahu cara membuatnya, boleh mengikut langkah demi langkah melalui resipi yang dikongsikan oleh Nazz Mernas di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

RESIPI SAMBAL GORENG IKAN BILIS

sambal goreng ikan bilis

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cuci ikan bilis sebersihnya, kemudian tos dan goreng sehingga garing.

2. Potong cili kering secara kecil-kecil, cuci, tapis dan goreng sekejap bagi garing juga. Jangan guna api dapur yang kuat dan pastikan jangan sampai hangit. Setelah sejuk sedikit, boleh kisar dalam processor.

3. Selepas itu, panaskan minyak masak dan masukkan kiub ayam atau ikan bilis sehingga hancur.

4. Masukkan semua ikan bilis dan cili kering kisar, kemudian tambah gula dan garam secukupnya bersama bawang goreng.

5. Akhir sekali, gaul sehingga rata semuanya, toskan dan boleh isi dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

sambal goreng ikan bilis

Anda boleh menikmati Sambal Goreng Ikan Bilis ini dengan nasi putih yang panas atau ratah begitu saja pun sedapnya tak terkata.

Selain dijadikan sebagai hidangan sampingan, ia juga boleh digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti nasi goreng dan hidangan sayur.

Setelah selesai menyiapkan resipi ini, jangan lupa untuk isikannya dalam bekas yang kedap udara supaya rangupnya tahan lebih lama.

Apa yang membuatkannya ia bertambah lebih menarik, anda boleh jadikannya sebagai snek yang lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN