kesan buruk makan gelojoh

Ada sebab mengapa orang dulu-dulu amat menitikberatkan adab semasa makan. Rupanya, banyak kesan buruk makan gelojoh yang ramai tidak tahu. 

Semua orang pasti pernah mengalami saat-saat kesibukan yang luar biasa untuk dilakukan dalam masa sehari. Justeru, masa untuk makan dengan betul pasti tidak dihiraukan kerana kesibukan yang dialami bagi melengkapkan sesuatu kerja.

Baca juga: 8 Rahsia Air Zamzam Yang Ramai Tak Tahu, Baik Untuk Kesihatan

Makanan tidak hanya berfungsi untuk mengisi perut yang kosong, tetapi juga boleh memberi manfaat atau membawa mudarat jika tidak diurus dengan baik.

Selain daripada risiko tersedak dan tercekik oleh makanan, terdapat kesan jangka panjang yang banyak akibat daripada makan terlalu cepat terhadap kesihatan badan kita.

KESAN BURUK MAKAN GELOJOH YANG ANDA HARUS TAHU

kesan buruk makan gelojoh

Gambar sekadar hiasan.

1. Gangguan Pencernaan

Apabila anda makan terlalu cepat, kebiasaanya mulut tidak dapat mengunyah makanan dengan betul sebelum menelannya.

Ini boleh menyebabkan sistem pencernaan kita mengambil masa yang lebih lama untuk mencerna makanan dalam usus – dengan kata lain, sistem pencernaan kita perlu bekerja lebih keras.

Biasanya, apabila makanan tidak dicerna dengan baik, ia akan tinggal dalam usus tanpa diserap, meninggalkan toksin dalam badan kita.

Disebabkan itu, anda mungkin akan mengalami sakit perut secara kerap.

2. Pedih Ulu Hati/ Gastrik

Penyakit pedih ulu hati atau gastritis boleh berlaku apabila anda makan terlalu cepat kerana makanan masuk ke dalam perut dengan cepat, menyebabkan makanan yang sudah ada tidak sempat turun ke dalam usus.

Ini boleh menyebabkan makanan baru yang dimakan “dorong” naik ke atas dan menimbulkan rasa pedih dan sakit di bahagian dada.

Selain itu, kita juga mungkin merasa mual, loya, dan sakit dada. Lebih teruk lagi, jika ia berterusan, ia boleh menyebabkan luka pada kerongkong kita.Jadi, janganlah makan dengan terlalu cepat walaupun lapar selepas seharian berpuasa!

3. Berat Badan Bertambah / Obesiti

Mungkin kita fikir, mengapa orang memilih untuk makan dengan cepat adalah kerana ingin menghemat masa. Tetapi, apa hubungannya dengan obesiti?

Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan dengan cepat cenderung untuk tidak merasa kenyang, yang akhirnya menyebabkan kita makan lebih banyak.

Ini berlaku kerana sistem pencernaan kita secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk berhenti makan – tetapi jika kita makan terlalu cepat, isyarat tersebut tidak sempat sampai ke otak.

Jadi, kita mungkin fikir kita masih lapar, padahal kita sudah makan melebihi keperluan badan. Kesan jangka panjang, anda mungkin berisiko mengalami obesiti atau kelebihan berat badan.

Baca juga: Sakit Gerd Boleh Makan Apa? Doktor Ini Kongsikan Makanan Yang Bagus

4. Punca Pelbagai Penyakit 

Sindrom metabolik adalah istilah perubatan untuk sekumpulan penyakit yang sering dikenali sebagai ‘penyakit tiga serangkai’, iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung koronari.

Ia juga boleh merujuk kepada dua penyakit tambahan, iaitu obesiti dan trigliserida.

Sindrom metabolik ini berkait rapat dengan masalah gula dalam darah dan gaya hidup yang tidak sihat – salah satunya ialah cara kita makan.

Untuk dikenal pasti sebagai pesakit sindrom metabolik, biasanya seseorang itu perlu mengalami sekurang-kurangnya tiga daripada lima masalah kesihatan tersebut.

Difahami bahawa sekumpulan penyakit ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seterusnya seperti masalah jantung dan strok.

5. Masalah Jantung

Satu kajian jangka panjang telah dijalankan terhadap 1,000 orang dewasa yang sihat untuk mengkaji cara makan mereka dan kesannya terhadap kesihatan.

Kajian itu dilakukan oleh seorang pakar jantung bernama Dr. Takayuki Yamaji dari Universiti Hiroshima.

Kerana kait rapat dengan sindrom metabolik (rujuk point ke-4), orang yang makan dengan cepat lebih cenderung mengalami masalah jantung dan strok dalam jangka masa panjang.

Kesimpulan

Jadi, walaupun terkadang kita terburu-buru kerana kesibukan, ‘makan dengan banyak, dengan cepat’ boleh digantikan dengan ‘makan sedikit, dengan perlahan’.

Ini memberi ruang untuk pencernaan yang baik dalam badan. Dengan makanan yang sedikit, kita akan mengunyah lebih banyak, dan ini mengurangkan beban badan kita.

Fokuslah pada makanan dan kurangkan gangguan di sekeliling. Semoga bermanfaat.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN