sambal bakso

Kalau anda penggemar bihun sup atau bakso, jangan sesekali abaikan sambalnya. Sambal bakso yang sedap mampu mengubah semangkuk hidangan biasa menjadi lebih berperisa, pedas dan cukup menyelerakan hingga membuatkan ramai tak berhenti menambah kuah.

Menariknya, resipi sambal bakso ini sangat mudah disediakan menggunakan beberapa bahan asas sahaja. Gabungan cili merah, cili padi dan bawang putih menghasilkan rasa pedas manja yang sesuai dinikmati bersama pelbagai hidangan berkuah.

Baca juga: Resepi Kuah Bakso Original Indonesia, Kuah Pekat Berempah Dengan Rasa Daging Lebih Kaw!

RESIPI SAMBAL BAKSO

sambal bakso

Bahan-bahan:

Bahan perasa:

  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Perasa makanan mengikut citarasa

Cara-cara Penyediaan:

1. Rebus bawang putih, cili merah besar dan cili padi Thai selama 3 hingga 4 minit sehingga sedikit lembut.

2. Toskan bahan yang telah direbus, kemudian kisar hingga halus bersama sedikit air.

3. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali.

4. Untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi, goreng 4 ulas bawang putih sehingga kekuningan. Tidak perlu diangkat kerana bawang putih tersebut akan dimasak bersama sambal.

5. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan kacau selama 1 hingga 2 minit.

6. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa makanan mengikut citara rasa.

7. Kacau sehingga semua bahan sebati dan sambal masak sempurna.

8. Tutup api dan biarkan sambal bakso sejuk sebelum dihidangkan atau disimpan.

Tips Sambal Bakso Lebih Sedap:

  • Gunakan cili padi merah untuk mendapatkan warna sambal yang lebih cantik dan menyelerakan.
  • Bawang putih yang digoreng sehingga kekuningan akan memberikan aroma yang lebih harum.
  • Tambahkan cili padi jika mahukan rasa yang lebih pedas.
  • Simpan sambal bakso di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia tahan lebih lama.
  • Pastikan sambal benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Sambal bakso ini bukan sahaja sesuai dimakan bersama bihun sup dan bakso, malah sedap dijadikan pelengkap mee sup, soto, sup ayam serta pelbagai hidangan berkuah yang lain. Sekali cuba, pasti anda akan sentiasa mahu menyimpan stok sambal ini di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Resepi Sambal Kicap Simple Ini Jadi Lebih Sedap, Rupanya Ramai Tak Letak Bahan ‘Ini’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN