Ada yang dah kering idea nak masak apa hari ni? Apa kata kita cuba resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce. Nampak cukup menyelerakan! Mungkin ramai yang tak pernah mencubanya, kerana hidangan ini menggunakan ikan salmon.
Sekali sekala nak bertukar selera apa salahnya kan. Hidangan ini sangat sesuai dimakan bila dah jemu makanan melayu. Ala-ala masak ayam lemon tapi digantikan dengan kepingan ikan salmon.
Baca juga: Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resipi ‘Creamy Butter Tuscan Salmon’ Yang Lazat
Hidangan ini juga antara menu yang paling mudah dibuat. Yang mana kepingan ikan salmon yang digunakan mulanya akan dipanggang diatas pan menggunakan minyak zaitun. Bila dah masak, barulah kita menyediakan kuah lemon sauce.
Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nanie Johari.
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Lumurkan ikan salmon dgn garam dan black pepper. Kalau boleh black pepper yg tiada garam dan kemudian goreng dengan minyak masak dan kemudian ketepikan.
2. Kemudian dgn menggunakan kuali yg sama, masukkan butter, tumis bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan dan kemudian masukan bancuhan kiub pati ayam.
3. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan cooking cream, asparagus/baby spinach, black pepper, garlic salt dan perahan jus lemon. Jika nak masam boleh letak lebih.
4. Tunggu sehingga mendidih dan kemudian letak serbuk parmesan kacau sebentar sehingga mendidih, tutup api dan siram ke atas ikan salmon tadi.
5. Siap untuk dihidang.
Sedap sangat tau! Bahagian kuahnya boleh dimasak pekat dan juga cair. Terpulang dari penggunaan air yang dimasukkan dalam penyediaan creamy lemon sauce tadi.
Tekstur kuahnya juga agak lemak berkrim disebabkan penggunaan cooking cream dan juga keju parmesan. Mereka yang suka dengan hidangan special ala-ala hotel macam ni, di alu-alukan mencubanya dirumah.
Baca juga: Bosan Makan Nasi? Jom Masak Makanan Western, Salmon Grill Lemon Butter
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…