salad udang menari

Baru-baru ini, tukar satu video yang menunjukkan makanan popular di Thailand, iaitu salad udang ‘menari’ dan masih hidup dijual sebagai street food itu.

Yang menjadi tumpuan netizen adalah cara penyediaan salad udang itu yang dimakan mentah-mentah dan dihidangkan terus kepada pembeli yang diceduk terus dari akuarium.

Baca juga: [VIDEO] ‘Order’ Pulut Kuning Hiasan Angsa Untuk Kenduri Kahwin, Bila Sampai… 

Bukan itu sahaja, udang tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi sayuran lalu digoncang hingga sebati untuk dijadikan salad. Kemudian, terus dimakan begitu saja.

Salad street food tersebut difahamkan dijual di Pantai Samila, Thailand. 

Tak dinafikan makanan-makanan dari Thailand memang menjadi tumpuan utama dan kegemaran rakyat Malaysia, sampai ada yang sanggup ke negara Siam itu semata-mata untuk foodhunting.

Namun, ada sesetengah menu yang membuatkan ramai tak berani untuk mencubanya kerana mungkin berbeza dengan budaya kita, misalnya macam satu video yang tengah viral ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @ckgmia di laman TikTok, hantaran rakaman tersebut telah meraih tontonan sebanyak 932.6k dan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen di ruangan komen.

Video Penuh:

Makan Salad Udang Menari Secara Hidup, Halal Ke?

Melihat pelanggan yang makan salad udang yang masih hidup, ramai mengundang keraguan netizen kerana udang itu dimakan secara hidup-hidup. Bahkan, ada yang kembang tekak apabila melihatnya serta ada yang pernah mengalami sakit perut selepas menjamah menu ini.

Susulan itu, seorang pemuda di Twitter, bertanya kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum memakan haiwan hidup itu.

“Salam @drzul_albakri, kalau macam ini halal ke untuk dimakan? Lama dah curious nak tahu,” tanya lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, Dr. Zulkifli menjawab dengan mengatakan hukum makan haiwan tersebut adalah makruh mengikut mazhab Syafie.

salad udang 'menari'

“Makruh di sisi mazhab Syafie. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/73.

“Ini seperti menyeksakan,” jelasnya pada Isnin.

Beliau menjelaskan bahawa makruh hukumnya memakan hidangan salad udang hidup jika mengikut mazhab Imam Syafie.

Antara reaksi netizen:

salad udang menari

Baca juga: Tak Boleh ‘Move On’ Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN