Pelbagai resipi dan cara-cara nak masak sambal sotong telah dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial. Ada yang menggunakan banyak bahan, ada juga resipi yang sangat mudah untuk diikuti.
Salah satu resipi yang telah tular di laman sosial iaitu perkongsian oleh Zurina Zukefli. Resipi ini telah mendapat perhatian ramai kerana beliau telah berkongsi satu petua untuk membuatkan sambal sotong menjadi lebih sedap.
Jom lihat apa rahsianya itu di bawah. Ibu-ibu wajib cuba buat nanti, pasti suami dan anak-anak puji melambung sebab sedap sangat! Semoga bermanfaat.
1. Cuci sotong segar tanpa siang kulit. Hanya buang dakwat, mata dan cuci isi dalam sotong sebab taknak kuah rasa serpih-serpih.
2. Cili kering kisar. Cili kering direndam dalam air panas, toskan kemudian kisar dengan minyak masak.
3. Hiris bawang.
4. Panaskan minyak dan tumis semua bawang hingga naik bau.
5. Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak.
6. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
7. Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air.
8. Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping.
9. Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula.
10. Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Zurina Zulkefli
Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…
Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…
Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…