Sarapan pagi kadang nak makan simple jer, apa kata buat resipi Roti Telur Cheese Bakar ini. Hanya gunakan roti, telur, dan juga cheese ternyata boleh menghasilkan menu ringkas yang cukup mengenyangkan.
Yang ‘feveret’ cheese mesti tahu resipi ini. Kadang-kadang bosan juga asyik makan roti bakar salut coklat atau kaya. Kita buat kelainan sikit dan yang penting kenyang!
Artikel berkaitan: Resipi Roti Bakar Ala Old Town Coffee, Guna 3 Bahan Ini
Banyak je resipi yang gunakan roti sebagai bahan utama dan memang ada sedapnya yang tersendiri. Tapi tengok gambar resipi ini sahaja dah buat korang terliur.
Nak cuba resipi Roti Telur Cheese Bakar ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan sendiri oleh Nor Hartini Hashim ini. Caranya pun mudah sangat!
RESIPI ROTI TELUR CHEESE BAKAR
Jom kita lihat apa bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!
Bahan A:
- Roti buku
Bahan B:
- Susu Fresh 200ml
- 2sdb brown sugar
- 2sdb butter
- 4 keping cheddar cheese
- 2 biji telur
- 1sdk esen vanila
Cara penyediaan:
1. Satukan ke semua Bahan B. Kacau di atas pan dengan api yang sederhana.
2. Kacau sehingga agak pekat. Dah siap, angkat dan ketepikan.
3. Letakkan bahan B yang sudah dimasak tadi ke atas roti.
4. Kemudian bakar dalam oven kira-kira 10 minit dengan api atas bawah.
5. Selepas itu, 10 minit lagi hanya bakar menggunakan api atas sahaja.
6. Siap dan boleh dihidang.
Nampak meleleh-leleh cheese yang di bakar panas-panas ni. Lagi sedap dimakan dengan sos dan juga mayonis.
Anak-anak yang nak ke sekolah pun boleh dihidangkan menu ini. Boleh juga dijadikan bekalan kesekolah dan sudah pasti mengenyangkan.
Semoga respi roti telur cheese bakar ini dapat memikat hati semua. Yang nak tahu keenakan resepi ni. Korang wajib mencubanya!