roti sardin telur

Kadang-kadang pagi kita terlalu sibuk untuk sediakan sarapan yang rumit. Dalam situasi begini, roti sardin telur memang jadi penyelamat. Guna roti, telur dan ikan sardin, menu ringkas ini boleh siap dalam beberapa minit sahaja, tetapi hasilnya cukup mengenyangkan dan sedap.

Menariknya, roti sardin telur ini bukan saja sesuai untuk sarapan pagi, malah boleh dijadikan bekal ke sekolah atau tempat kerja. Rasanya yang berperisa, sedikit pedas dan wangi daun sup memang buat selera terus terbuka walaupun baru bangun tidur.

Kalau anda sedang mencari idea menu sarapan cepat, jimat dan tak perlu banyak minyak, memang patut cuba resipi ini. Memang sedap dimakan panas-panas, anak-anak pun pasti suka!

Baca juga: Resipi Roti Naan Cheese Gebu & Leleh, Memang ‘Ngam’ Makan Dengan Kari Ayam

RESEPI ROTI SARDIN TELUR RINGKAS TAPI MENGENYANGKAN

roti sardin telur

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti
  • 3 biji telur
  • 3 ketul ikan sardin dalam tin (dihancurkan)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • Setengah biji bawang holland (didadu kecil)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan telur, ikan sardin, cili hiris, bawang Holland, daun sup dan serbuk perasa perasa ke dalam mangkuk. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  2. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sahaja.
  3. Celup roti ke dalam adunan telur hingga rata dan pastikan bahan melekat pada permukaan roti.
  4. Goreng roti di dalam kuali dan terbalikkan beberapa kali sehingga masak dan berwarna kekuningan.
  5. Angkat dan potong dua sebelum dihidangkan.

Sumber: Ummi Ziera

Baca juga: Resipi Roti Puri Tanpa Yis, Guna 4 Bahan Pun Tetap Rangup & Kembang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN