Roti paun atau disebut roti paung Terengganu ini merupakan sejenis roti bun kecil kosong tanpa inti.
Ia sedap dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan air kopi ‘O’ panas. Juga enak dimakan bersama kaya, merjerin, kari ayam atau daging.
Cara membuatnya juga boleh dikatakan sangat mudah kerana ia boleh dibuat menggunakan tangan atau mixer sahaja.
Terima kasih kepada Puan Ariana Sofia Ahmad atas perkongsian resepi roti paung ini. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.
Baca juga: Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’, Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai
1. Mula-mula masukkan air di dalam bekas. Kemudian masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sebati.
2. Rehatkan sehingga yis menjadi berbuih seperti dalam gambar. Balut dengan wrap dan ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, pelembut roti dan butter. Gaul guna tangan sehingga sebati. Bila dah sebati, masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian baru masukkan yis tadi. Kacau atau gaul sebati.
5. Gaul sehingga doh menjadi seperti ini. Doh memang akan lembik.
6. Ambil doh dan letakkan di atas papan untuk menguli. Tabur sedikt tepung atau 1 sudu tepung.
7. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
8. Letak doh di dalam mangkuk yang sudah disapu dengan minyak. Tutup bekas dengan plastik wrap dan biarkan sehingga doh menjadi 2x ganda kembang.
9. Hasilnya bila doh sudah kembang. Tumbuh doh untuk keluarkan angin.
10. Ambik sedikit doh, buat macam ini. Untuk dapatkan bentuk yang ‘bulat’, genggam doh di tengah jari (lihat gambar).
11. Susuh doh di dalam loyang. Jarak-jarakkan kerana doh akan mengembang. Wrap loyang.
12. Dalam masa 1/2 jam, doh akan jadi mengembang.
13. Sapu atas roti dengan kuning telur. Bakar roti pada suhu 170°C selama 15 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
14. Bila roti sudah masak, sapu sedikit butter yang sudah dicairkan ke atas roti. Bau dan rasa roti akan menjadi lebih sedap.
15. Sedia untuk dihidangkan bersama teh o atau kopi panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad
Baca juga: Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…
Kek coklat moist memang tidak pernah gagal mencuri hati pencinta coklat. Tapi, bagaimana kalau ikut…