roti gabin

Roti gabin merupakan salah satu makanan rare dari negara jiran, Indonesia. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama makanan ini kan?

Bahan utama yang digunakan adalah biskut kering. Ia sangat sedap jika dicicah dengan air kopi atau milo panas.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa roti gabin ini, mari kita cuba buat menggunakan resipi perkongsian oleh Yumiko Hideaki di bawah.

Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba

ROTI GABIN, MAKANAN RARE INDONESIA

Bahan-bahan:

  • Biskut cracker secukupnya
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Gula 2 sudu makan
  • Susu pekat setengah cawan (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • Sebiji telur
  • Air 2 cawan atau secukupnya
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di atas kecuali biskut di dalam periuk.

2. Kacau sehingga rata dan tapiskan.

3. Masak atas api sederhana sehingga menjadi pekat seperti doh. Rehatkan seketika.

4. Letakkan 2 sudu besar inti ke atas biskut mengikut ketebalan yang disukai. Tutup inti dengan satu keping lagi biskut.

5. Tekan sedikit inti supaya padat. Kemudian, penuhkan dan ratakan sekeliling biskut dengan inti.

6. Boleh simpan di dalam peti ais atau boleh terus goreng dalam minyak yang panas dalam 2 minit.

7. Angkat, toskan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

roti gabin

Kredit resipi dan gambar: Yumiko Hideaki

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN