roti telur berhantu

Kalau nak pastikan roti habis sebelum tamat tempoh, ibu-ibu boleh cuba buat roti telur berhantu ini. Dijamin habis licin anak-anak makan.

Senang pula cara nak membuatnya nak, hanya perlu menggunakan 3 bahan iaitu roti, susu dan telur. Langkah memasaknya juga sangatlah ringkas.

Selepas ini tiada lagi roti terbuang kerana tidak habis sehingga roti telah tamat tempoh dan menjadi berkulat.

Baca juga: Cara Buat Akok Kedut Hanya Guna Pembakar Roti, Mudah & Cepat!

Cara Buat Roti Telur Berhantu

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu pekat

Cara-cara:

1. Ambil sekeping roti. Potong roti kepada empat bahagian. Ulang sehingga roti habis. (kuantiti roti mengikut pilihan masing-masing)

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan susu pekat. Kacau sehinga sebati menggunakan garfu.

roti telur berhantu

3. Ambil sepotong roti, celup ke dalam telur tadi. Pastikan kedua-dua bahagian roti bersalut rata dengan telur.

4. Kemudian, sedia untuk menggoreng roti. Anda boleh pilih mahu menggoreng roti tanpa menggunakan minyak atau kurangkan minyak.

5. Bila warna dah nampak cantik keperangan seperti dalam gambar di bawah, angkat roti ke dalam pinggan.

roti telur berhantu

6. Sedia untuk dimakan waktu panas-panas. Anak-anak pasti suka! Selamat mencuba.

roti telur berhantu

Kredit: Bahiah Saripuddin

Baca juga: Isi Ayam Banyak? Jom Buat Sosej Homemade, Lebih Sihat Tanpa Bahan Pengawet!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN