REV Media Group Perkenal REV ID, Bakal Memudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data

October 25, 2022
Nasiha
Home/Artikel/Infomasi/REV Media Group Perkenal REV ID, Bakal Memudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data

rev id

Beberapa bulan lepas, REV Media Group (RMG) dan Dattel Asia Group telah bekerjasama memperkenalkan REV Ad Manager (RAM) bagi membantu para pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk serta jenama mereka agar lebih dikenali ramai dengan mudah.

Terbaru, REV Media Group memperkenalkan ‘REV ID’ iaitu ciri log masuk tunggal yang menggabungkan semua data di website REV. Kini telah dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk mencipta penonton tunggal yang unik.

Ini akan memberi kelebihan kepada pengiklan untuk mendapatkan insights yang lebih baik untuk kempen pemasaran mereka dimana menghubungkan pelbagai data seperti minat kandungan dan data lokasi luar rumah.

Pada tahun 2021, REV telah selesai beralih dari third-party cookies merentas semua tapak web utama. Terkini, REV ID mempunyai lebih daripada 27 juta data pihak pertama aktif bulanan yang unik. Pengiklan kini boleh menyasarkan tapak web premium tempatan Malaysia dan pada masa yang sama menyokong ekosistem tempatan.

Bukan itu sahaja, penyepaduan saluran omni selanjutnya membolehkan pengiklan merancang kempen dengan lancar dan mengaktifkan penonton di kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (“DOOH”) dengan cara yang lebih berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee berkata, “Kami teruja untuk menawarkan kepada pengiklan penyelesaian saluran Omni yang lebih baik yang disokong oleh data”.

REV merancang untuk mengembangkan penawarannya dengan membina data pihak pertama omnichannel yang lebih kukuh dalam kumpulan dan menggunakan data ini untuk menangani inventori pada DOOH dan banyak lagi yang akan diumumkan kelak.

Setiap bulan, lebih 13.3 juta rakyat Malaysia melayari aset digital REV, jadi ia teknologi terbaik dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN