
Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan bahawa restoran Rembayung miliknya akan dibuka lebih lama sepanjang bulan Ramadan.
Menariknya, Rembayung bukan sahaja menerima pelanggan untuk berbuka puasa, malah turut beroperasi hingga waktu moreh.
RESTORAN REMBAYUNG DIBUKA WAKTU MOREH, PERKENAL MENU BAHARU SEMPENA RAMADAN

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu siaran langsung di TikTok. Dalam video itu, Khairul Aming berkata, suasana Ramadan biasanya bukan hanya meriah ketika waktu berbuka, malah orang ramai juga gemar keluar untuk moreh bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Cuma ramadan nanti unik sikit, kalian bukan battle untuk buka puasa saja tapi untuk moreh juga. Yang uniknya dekat Rembayung nanti kami akan perkenalkan makanan yang tiada dalam menu,” katanya.
Menurut Khairul Aming yang mesra disapa KA, pengunjung yang datang ke Rembayung pada waktu moreh berpeluang mencuba menu baharu yang disediakan khas dan hanya ditawarkan sepanjang Ramadan.
“Jadi moreh nanti kalian boleh cuba menu-menu baharu yang kami telah buat. Untuk moreh memang bukan makanan berat, tiada nasi. Kami tukar makanan lain,” jelasnya.
Langkah ini secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang ingin menikmati suasana moreh dengan menu ringan, santai dan berbeza daripada kebiasaan.
Sumber: Thread
Baca juga: Rembayung Khairul Aming Raih Pujian Pengunjung Di Hari Pertama, Ada Menu Dapat Rating 10/10!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














