resepi tauhu bunga

Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada satu lagi resipi yang wajib dicuba iaitu resepi tauhu bunga. Intinya hampir sama seperti tauhu begedil, cuma ia tidak menggunakan ubi kentang.

Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ialah tauhu putih, beberapa jenis sayuran, serta inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali mencubanya, pasti tidak akan menyesal kerana teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam.

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Guna Perahan Limau Kasturi, Tak Cepat Busuk & Berlendir

RESEPI TAUHU BUNGA (TAUHU TERBALIK)

resepi tauhu bunga

Bahan-bahan:

  • Tauhu pok/kering
  • Tauhu biasa (basah)
  • Isi tauhu kering (dikeluarkan dari tauhu pok)
  • Lobak merah (dipotong dadu)
  • Cili merah (dipotong dadu)
  • Daun sup (dicincang)
  • Bawang (dicincang)
  • Isi ayam (digoreng sekejap)
  • Telur (optional)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sambal kicap untuk cicah

Cara-cara memasak:

  1. Buang inti tauhu pok/kering dan terbalikkannya.
  2. Sediakan inti dengan mencampurkan lobak merah, cili merah, daun sup, bawang, tauhu basah dan isi tauhu kering.
  3. Masukkan isi ayam yang telah digoreng sekejap. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan lada sulah. Jika mahu, masukkan telur ketika menggaul bahan.
  4. Sumbat inti yang telah siap ke dalam tauhu bunga.
  5. Panaskan minyak dan goreng tauhu bunga hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas dengan sambal kicap.

Sumber: Intan Syahira

Baca juga: Resepi Tauhu Pop Crispy Sesuai Untuk Minum Petang, Rangup Bukan Main Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN