resepi peninggalan arwah mak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Wadai kepeng

resepi peninggalan arwah mak

BAHAN-BAHAN

  • 500 g tepung pulut
  • 3-4 helai daun pandan
  • 1/2 seketul gula melaka atau 2/3 cawan gula merah (ikut citarasa masing-masing kalo nak manis lebihkan)
  • 1 kotak kecil santan kotak atau 1 cawan santan kelapa (original)
  • air sekucupnya (ada setengah nak pekat sikit saja air diperlukan tapi kalau cair sikit pun sedap)
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil vanila esen
CARA PENYEDIAAN
  • uli tepung pulut dengan air sehingga menjadi doh (kalau ada yang pernah buat kueh buah melaka , caranya hampir sama). Agak-agak boleh cubit. Jangan lembik sangat.
  • Sediakan talam dengan ditaburkan tepung kering (sebarang tepung supaya adunan tak melekat )bentukkan sedikit demi sedikit tepung mengikut saiz duit syiling 20 sen. tekan dengan jari pada setiap bentuk tadi sehingga menjadi seolah-olah kepingan duit syiling 20 sen. letakkan ke atas talam yang bertepung tadi.
  • Sementara siap membentukkan ulian anda, bolehlah sediakan air rebusan untuk merebus ulian tadi. Pastikan mendidh dahulu dan masukkan satu persatu ulian sehingga ia naik ke permukaan air rebusan (ini maknanya tepung tu dah masak)
  • dalam periuk berasingaan, rebus secawan air dengan daun pandan. Masukkaan sedikit santan sehingga mendidih sedikit, masukkan gula melaka /gula merah sampai sebati
  • Kini bolehlah anda masukkan tepung pulut yang telah masak. Perlahankan api takut pecah minyak, nanti tak sedap. Pastikan anda sentiasa gaul perlahan-lahan
  • Masukkan sedikit garam untuk ada rasa lemak-lemak manis dan lastly masukkan vanila esen

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN