Bagaimana cara nak masak Udang Goreng Gajus?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Gajus

Bagaimana cara nak masak Udang Goreng Gajus?

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram udang segar (Saiz sederhana) 
  • 1 sudu makan kicap cair 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan tepung jagung 
  • ½ cawan kacang gajus 
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • 5 tangkai cili kering (Dihiris kasar) 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan udang, cuci, dan tuskan. 
    2. Perapkan udang bersama garam, kicap cair, sos tiram, dan tepung jagung. 
    3. Panaskan minyak masak dan gorengkan kacang gajus dengan api 
      sederhana sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan tuskan. 
    4. Asingkan separuh minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga 
      wangi. 
    5. Masukkan cili kering. Goreng sehingga naik bau. 
    6. Masukkan udang dan kacau rata. Padamkan api. 
    7. Masukkan kacang gajus. Kacau rata lagi dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN